web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekurang-Kurangnya 10 Syarikat Malaysia Berminat Melabur Projek Pembinaan Ibu Negara Baharu Indonesia - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 1:14PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 10 syarikat besar negara sedang meneliti kemungkinan untuk melabur secara besar-besaran di dalam projek pembinaan ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur yang dinamakan, Nusantara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, menyaksikan sembilan syarikat besar dari Semenanjung dan satu dari Sarawak masuk untuk mengkaji dan meneliti kemungkinan pelaburan berkenaan.

“Dengan rundingan kita bersama kerajaan Indonesia baru-baru ini, beberapa syarikat lain juga terlibat, TNB (Tenaga Nasional Berhad), Telekom (Telekom Malaysia Berhad), sekurang-kurangnya 10 syarikat.

“Tapi dalam hal ini saya beritahu Premier Sarawak (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kerana Sarawak lebih dekat dan mendahului, jadi ia akan diselaraskan bersama kerajaan Sarawak supaya lebih bermanfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) mengenai sejauh mana penglibatan syarikat Malaysia dalam pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan juga kawasan industri di Kalimantan, pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan juga pada masa sama sedang meneliti kemungkinan jalinan kerjasama melibatkan universiti, golongan belia, badan Islam, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan di kawasan terlibat. 

“Belum ada perancangan lebih aktif, tetapi saya percaya berdasarkan perkembangan pertumbuhan dan penyediaan IKN Nusantara itu maka harus kita teliti kemungkinan kerjasama itu,” katanya. 

Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) mengenai persediaan kerajaan untuk keterlibatan masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan pembangunan di Nusantara selaku ibu negara baharu Indonesia.

Perdana Menteri berkata sinergi kerjasama antara Malaysia dan Indonesia berkait pembangunan ibu negara baharu Indonesia itu akan menguntungkan kedua-dua negara.

“Jokowi (Presiden Indonesia) juga maklum pada saya di antara negara ASEAN, Malaysia antara yang terkedepan dan aktif dalam kerjasama ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan