web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahu MOF Digeruni Kerana Tatakelola Yang Tegas - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 10:45AM

Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kementerian Kewangan (MoF) mengangkat martabatnya dan digeruni kerana memiliki prinsip tata kelola yang tegas.

Berucap pada majlis perhimpunan MoF di sini hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan tidak mahu perkara mensia-siakan di dalam MoF sebaliknya mahu ia kembali melaksanakan tanggungjawab dengan tegas dari segi perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya.

Beliau berkata warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

"MoF perlu digeruni kerana tata kelola yang tegas," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican.

"Saya harap MoF muncul sebagai kementerian gagah dari segi tatakelola, kepintaran, kesungguhan, berkhidmat jadi mercu tanda," kata Anwar.

Anwar berkata MoF harus memantau prinsip kewangan yang lebih telus kerana ia satu misi besar kerajaan dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

"Soal tadbir urus adalah serius kerana sekiranya tidak tegas, maka negara akan gagal," katanya menambah Kerajaan Perpaduan pimpinannya tekad untuk membangunkan Malaysia supaya menjadi hebat bukan sahaja di rantau ini, malah di dunia. - Bernama 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek