web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tauliah Mengajar Agama Tertakluk Kuasa Negeri, Bukan Pejabat Menteri, JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:36PM

Menurut kenyataan JAKIM, tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang pihak berkuasa agama Islam negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di peringkat negeri, seperti didakwa segelintir pihak.

Menurut kenyataan JAKIM, tauliah mengajar adalah tertakluk di bawah bidang pihak berkuasa agama Islam negeri.

Katanya, perkara itu berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur sedia ada.

“JAKIM mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media pada ketika ini.

“Terdapat dakwaan mengaitkan isu tauliah ini melibatkan campur tangan pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM.

“Adalah dinafikan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan JAKIM mencampuri urusan tauliah mengajar agama Islam di negeri seperti didakwa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Justeru, katanya, semua pihak adalah dipohon untuk akur dan menghormati sebarang ketetapan yang diputuskan pihak berkuasa agama Islam di negeri.

Terdahulu, media melaporkan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama diberikan kepada semua aktivis politik di negeri berkenaan.

Keputusan itu susulan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu agama Islam dipolitikkan dan dijadikan bahan politik mana-mana pihak di negeri berkenaan, khususnya di masjid dan surau.

Sultan Selangor dilaporkan tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik kerana dikhuatiri boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti, seterusnya membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di negeri berkenaan serta mencemarkan agama Islam.

Manakala, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pula mengeluarkan surat pekeliling senarai nama 16 individu, termasuk pendakwah bebas yang didapati tidak memiliki tauliah mengajar daripada pihak berkuasa agama itu.

Justeru, pihak penganjur dilarang menjemput individu terbabit untuk menyampaikan ceramah, khutbah, majlis ilmu, seminar dan syarahan di masjid, surau serta institusi di seluruh Pulau Pinang atas sebab ketiadaan tauliah mengajar dikeluarkan MAINPP.

Awal bulan ini, semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Dewan Negara tidak dibenar menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.

Larangan itu bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

Isu larangan terbabit juga membabitkan penceramah yang tidak mempunyai tauliah apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Muhammad Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di negeri berkenaan, sekali gus tidak membenarkan program ceramah kedua-dua mereka yang ditetapkan baru-baru ini, diteruskan.

Mohd Shahzihan Ahmad - Gambar Bernama
Mohd Shahzihan Ahmad - Gambar Bernama

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu selaras Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan, hanya Jawatankuasa Tauliah mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor.

Katanya, semakan dibuat pihak JAIS mendapati mereka tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri berkenaan.

Mohd Shahzihan berkata, pihaknya juga maklum mengenai hantaran dimuat naik di laman sosial Facebook Ustaz Wadi Annuar berhubung Makluman Pembatalan Ceramah Di Selangor yang kemudian dikongsi semula di Facebook sebuah portal berita.

“JAIS kesal dengan tindakan individu dan pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat tentang prinsipal di media sosial.

“Ini mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, pihak berkuasa agama dan kerajaan negeri Selangor,” katanya. – Getaran, 6 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Ayam Leher Panjang Disembelih Ikut Syarak’ - JAKIM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi