web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenaikan Skim Gaji Penjawat Awam Jadi Keutamaan Bila Pendapatan Negara Meningkat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:12AM

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama penjawat awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam situasi semasa, kenaikan skim gaji tidak dapat dilaksanakan dalam bulan ini namun beliau akan memberikan perkembangan positif mengenai negara pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis ini.

“Masa penggulungan, saya akan memberikan beberapa gambaran yang positif, yang baik dari segi hasil kita dari segi pendapatan negara, dari segi jumlah pelaburan yang sebenar, bukan MoU (perjanjian persefahaman)," katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kira-kira RM8 bilion yang masuk ke dalam tabung negara itu membuktikan kejayaan dapat dicapai jika kepercayaan dan keyakinan diberi kepada pegawai.

"Kalau kita serahkan kepercayaan kepada penjawat awam, pegawai boleh pergi dengan yakin," katanya.

Anwar berkata beliau tidak menganggap pengambilan konsultan dan peguam swasta itu tidak penting, tetapi kepakaran dan keterampilan dalam perkhidmatan awam juga perlu dipertingkatkan bagi memberi ruang terutamanya kepada pegawai muda.

"Kadar keupayaan dan kepakaran dalam kalangan penjawat awam itu ada dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan untuk memulihkan imej penjawat awam sebagai yang terbaik dalam negara dan rantau ini," katanya.

Anwar pada majlis itu juga merakam ucapan tahniah atas pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara, pelantikan Datuk Dr Zulkapli Mohamed sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang akan membantu memantapkan perkhidmatan awam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad