web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Di Johor Membimbangkan, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara 48,989 Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 11:37AM

Sebuah lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meredah air banjir yang membawa barangan keperluan asas bagi mangsa banjir di Lenga semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 13,029 keluarga telah ditempatkan di 260 PPS di 10 daerah yang terjejas dengan bencana tersebut. 

Menurut kenyataan JPBN itu, Batu Pahat merupakan antara daerah paling ramai penduduk teruk terjejas banjir dengan sejumlah 14,030 orang daripada 4,084 keluarga, diikuti Segamat dengan 13,334 orang (3,897 keluarga) dan Kluang, 5,296 mangsa (1,533 keluarga).

Di PAHANG, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini seramai 2,978 orang berbanding 2,860 orang malam tadi, yang ditempatkan di 23 PPS.

Daerah Rompin kekal merekodkan mangsa paling ramai iaitu 2,615 orang di 20 PPS diikuti Temerloh (305 orang, sebuah PPS) dan masing-masing 29 mangsa di sebuah PPS di Bera serta Maran. 

Di MELAKA, jumlah mangsa meningkat lagi kepada 493 orang daripada 134 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 448 mangsa daripada 118 keluarga pada 8 malam tadi.

Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa terjejas ditempatkan di empat PPS di daerah Jasin iaitu 477 orang daripada 127 keluarga, manakala di Alor Gajah 16 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di sebuah PPS.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir merekodkan peningkatan kepada 71 orang daripada 17 keluarga setakat pagi ini berbanding 58 orang daripada 14 keluarga semalam berikutan hujan lebat yang berlaku pada awal pagi tadi.

Menurut JPBN, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor melaporkan dua PPS iaitu SK Merbau Sempak dan Dewan MPKS Desa Coalfields, Sungai Buloh masih dibuka sehingga kini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir berkenaan.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol (PA) Mohd Nazri Mes Kam berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu terus merekodkan penurunan kepada 587 orang membabitkan 148 keluarga di empat PPS di Tampin, setakat pukul 8 pagi ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 minit yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini