web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Buang Al-Quran Dalam Longkang: KDN Minta Tunggu Hasil Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:18AM

Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan kes membabitkan 13 naskhah Al-Quran yang ditemui dalam longkang di Jinjang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta menunggu hasil siasatan kes membabitkan 13 naskhah Al-Quran yang ditemui dalam longkang di Jinjang di sini, baru-baru ini yang masih berjalan.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yusoff berkata, siasatan berhubung kes itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihaknya memantau perkembangannya.

Katanya, penguatkuasaan KDN sedang memburu sebarang bentuk Al-Quran dan bahan daripada kitab suci itu yang tiada perakuan supaya tidak berada dalam kalangan komuniti.

“Kita (KDN) amat menggalakan individu, syarikat atau pertubuhan yang memiliki Al-Quran tiada kelulusan atau rosak, usang, lusuh dan tidak boleh dibaca lagi, melupuskannya dengan cara betul,” katanya seperti dilaporkan BH.

Nik Yusaimi berkata, orang ramai boleh menghubungi mana-mana pejabat cawangan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN di seluruh negara untuk menyerahkan Al-Quran serta bahannya yang ingin dilupuskan.

“Apabila sudah diserahkan kepada kami, kita akan tertakluk kepada satu proses pelupusan yang disebut pemuliaan Al-Quran dan bahan Al-Quran.

“Jangan mengambil mudah atau langkah singkat dengan membuangnya ke tempat tidak sepatutnya seperti longkang atau tong sampah dan sebagainya. Al-Quran hendaklah sentiasa dimuliakan,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, Getaran melaporkan bahawa polis membuka kertas siasatan berhubung penemuan 13 naskhah Al-Quran, dipercayai sengaja dibuang individu tidak bertanggungjawab ke dalam longkang berhampiran Tasik Sri Murni di Jinjang pada jam 6.30 petang 18 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang wanita tempatan yang juga Ahli Kesatuan Nelayan Kebangsaan, membuat laporan polis pada jam 11.32 pagi hari Al-Quran itu ditemui, dengan memaklumkan dia menemukan beberapa naskhah kitab suci berkenaan di dalam longkang.

Hasil siasatan, katanya, mendapati saksi itu yang sedang beriadah bersama suaminya, ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan tasik dan hasil pemerhatiannya mendapati, senaskhah Al-Quran dalam keadaan terbuka dan terkeluar daripada beg tersebut.

Eng Lai berkata, saksi kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki tempatan tidak dikenali yang berada berhampiran dengannya untuk membawa naik beg itu.

Ujarnya, kesemua naskah Al-Quran dihantar ke Masjid Annas Kampung Selayang Lama untuk disimpan.

Beliau berkata, polis membuat semakan di platform media sosial TikTok dan mengesahkan bahawa terdapat satu hantaran berkaitan dengan aduan dilaporkan saksi.

Kes itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membinasakan apa-apa benda dipegang suci dengan tujuan untuk mengaibkan agama, selain Seksyen 298A Kanun Keseksaan akibat mendatangkan mudarat keharmonian ke atas agama.

Jelasnya, kesemua naskhah Al-Quran itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Manakala, pada 21 Februari lalu, polis mengesahkan sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Lapan individu terbabit terdiri daripada saksi di lokasi kejadian, termasuk yang merakam video sebelum ia tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, keterangan mereka adalah penting bagi membolehkan polis mengesan suspek yang bertanggungjawab.

Menurutnya, pihak polis juga melakukan siasatan di masjid dan surau berhampiran bagi mengenal pasti jika Al-Quran tersebut milik rumah ibadah berkenaan.

Pihak polis, katanya, turut melakukan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan. – Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zara Qairina: PM Arah Siasatan Terbuka, ‘Tiada Tempat Untuk Pembunuh!’

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Audio Perbualan Tular, Zara Dedah Ketakutan Terhadap ‘Kakak M’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad