web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PPS SK Seri Sejati Dinaiki Air, Lebih 300 Penduduk Dipindahkan Di Sri Medan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:00PM

ACP Ismail Dollah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Lebih 300 mangsa banjir yang telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sejati dekat Kampung Parit Warijo, Sri Medan di sini, terpaksa dipindahkan selepas PPS berkenaan turut dinaiki air, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata sehubungan itu, pemindahan semua mangsa banjir di PPS tersebut serta sebahagian penduduk yang masih berada di kampung berkenaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat oleh agensi yang terlibat ke PPS yang akan dikenal pasti.

“PPS SK Seri Sejati telah dinaiki air. Kita dalam proses memindahkan lebih 300 orang di PPS itu ke PPS yang baru. PPS itu dinaiki air sehingga satu meter sejak awal pagi tadi. Selain mangsa dalam PPS itu, ada juga lebih 15 keluarga yang dikenal pasti masih berada dalam kediaman mereka dalam gugusan Kampung Parit Warijo,” kata beliau ketika ditemui semasa meninjau operasi menyelamat di Kampung Parit Warijo dekat Sri Medan, di sini, hari ini.

Ismail berkata seramai 241 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat ditugaskan untuk memindahkan mangsa terbabit dengan menggunakan pelbagai aset sedia ada termasuk 17 buah bot, lori Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), lori ATM, lori tanah dari Pejabat Tanah dan sebagainya.

“Selain PDRM, misi tersebut turut melibatkan anggota penyelamat daripada PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta badan bukan kerajaan (NGO),” kata beliau.

Menurut Ismail, pihaknya juga akan menggerakkan dua jet ski bagi tujuan membuat pemantauan rumah ke rumah yang terjejas banjir.

Beliau bagaimanapun kecewa kerana masih ada segelintir penduduk yang enggan berpindah kerana sayang mahu meninggalkan kediaman mereka sehingga menyukarkan kerja penyelamat.

“Semalam kita ada buat tinjauan di Parit Warijo dan Parit Masri, kita cuba keluarkan mereka tetapi ada sebahagian kecil penduduk yang tidak mahu berpindah.

“Sekiranya pihak polis atau agensi penyelamat lain minta untuk berpindah, sila berpindah, saat akhir hendak pindahkan mangsa banjir di PPS, ada orang tua, anak kecil dan wanita yang mahu tunggu hari bersalin yang juga perlu dipindahkan,” katanya lagi.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan menyelamat melibatkan 15 keluarga tetapi percaya jumlah mungkin lebih daripada itu kerana masih ada kampung lain dalam gugusan kampung tersebut seperti Kampung Jayus 1 hingga 9, Kampung Basri Darat, Kampung Singgahan dan banyak lagi.

Sementara itu, salah seorang penduduk di Kampung Lapis Warijo, Ungku Mohd Ali Ungku Ahmad, 48, berkata tindakannya yang berpindah dahulu malam tadi, membuatkan dia dilaporkan “hilang” oleh isterinya.

“Setelah mendapat arahan berpindah, saya sudah  mengajak isteri dan anak-anak berpindah tapi isteri enggan, jadi saya berpindah ke PPS terlebih dahulu. Hanya bila saya kembali ke rumah pagi tadi, saya dimaklumkan berita kehilangan saya oleh anak saya,” kata bapa anak empat itu, yang turut sependapat dengan pihak berkuasa mengenai segelintir penduduk yang enggan berpindah.

“Saya berpindah ni sehelai sepinggang sebab memikirkan keselamatan, jadi saya pun harap agar orang lain pun berfikiran yang sama, fikirkan keselamatan dahulu,” kata lelaki itu.

Terdahulu, tinjauan di hadapan pintu masuk Kampung Parit Warijo itu menyaksikan banyak bot serta lori dan traktor digunakan pihak berkuasa dan orang persendirian untuk membawa keluar penduduk dan haiwan ternakan.

Dipercayai terdapat lebih 20 gugusan kampung di dalam Kampung Parit Warijo. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar