web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bukan Cela Menu Rahmah, ‘Saya Cuma Beritahu…’ - Hanafiah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:30PM

Hanafiah berkata, beliau tidak memadamkan video berkenaan, sebaliknya hanya ‘hide’ (sembunyi) sementara daripada diakses pengguna lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya tak sebut langsung makanan tersebut Menu Rahmah atau apa, sebaliknya hanya nak beritahu bahawa saya makan nasi kena ada kuah.

Demikian kata EXCO Terengganu, Hanafiah Mat selepas video yang dimuatnaik di TikToknya didakwa mencela Menu Rahmah, dikecam hebat netizen.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu, beliau tidak berniat buruk untuk mencerca makanan yang disediakan kepada golongan miskin.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, denyut nadi rakyat terutamanya golongan miskin sentiasa mengalir di dalam dirinya.

“Tindakan mengaitkan video tersebut dengan Menu Rahmah adalah tindakan berniat jahat kumpulan tertentu untuk memburukkan reputasi saya selaku EXCO kerajaan negeri dan ADUN Chukai.

“Ini semua strategi nak menjatuhkan saya kerana PRN (Pilihan Raya Negeri) sudah semakin hampir.

“Saya sudah mendapatkan pandangan peguam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan saya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Ketika diminta untuk memperjelaskan video tersebut, Hanafiah berkata, beliau makan bersama seorang rakannya di sebuah restoran di luar Terengganu baru-baru ini.

Jelasnya, menu yang disediakan di restoran tersebut adalah sepinggan nasi berserta seekor ikan goreng, kubis, ayam goreng dan telur goreng.

Aksi Hanafiah Mat dikecam netizen selepas memuat naik video yang didakwa mencela Menu Rahmah di TikTok. - Gambar tangkap layar Facebook
Aksi Hanafiah Mat dikecam netizen selepas memuat naik video yang didakwa mencela Menu Rahmah di TikTok. - Gambar tangkap layar Facebook

“Harga untuk dua orang makan kira-kira RM15. Jika ia Menu Rahmah takkanlah sampai RM15.

“Apa yang saya cuba sampaikan dalam video tersebut adalah saya makan nasi kena ada kuah.

“Jadi saya curah air oren ke dalam pinggan. Itu saja, tiada langsung saya sebut pasal Menu Rahmah,” katanya.

Terdahulu, Hanafiah dikecam netizen dan beberapa pemimpin politik selepas memuatnaik video yang didakwa mencela Menu Rahmah di TikTok.

Dalam video berdurasi sepanjang 18 saat itu memaparkan Hanafiah merungut berkaitan lauk yang disediakan dalam Menu Rahmah di sebuah restoran.

“Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula. Ha…ini kuah dia aku bubuh.

“Ni ha…kuah dia air oren. Baru rasa nasi sikit,” katanya dalam loghat Terengganu sambil menyuap makanan ke mulutnya.

Mengulas mengenai video tersebut yang sudah ‘lesap’ dari akaun TikTok miliknya, Hanafiah berkata, beliau tidak memadamkan video berkenaan, sebaliknya hanya ‘hide’ (sembunyi) sementara daripada diakses pengguna lain.

“Saya tak delete (padam) pun, cuma hide (sembunyi) sementara atas nasihat peguam,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar