web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Syarikat Penerbangan Gagal Patuhi Jadual Akan Dikenakan Penalti Tidak Lama Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 1:56PM

Anthony Loke meningatkan syarikat penerbangan juga perlu memenuhi keperluan dan penjagaan pelanggan, selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan syarikat penerbangan yang gagal mematuhi jadual penerbangan ditetapkan akan dikenakan tindakan tegas, termasuk keperluan membayar penalti kewangan.

Beliau berkata, cadangan berkenaan kini sedang dalam pertimbangan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang merupakan agensi bertanggungjawab dalam mengawal selia hal ekonomi dan komersial berkaitan penerbangan awam.

Menurut Loke (PH-Seremban), cadangan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan syarikat penerbangan sentiasa mematuhi jadual mereka, dengan cara melalui pindaan kepada syarat permit dan lesen.

“Tindakan tegas seperti ini perlu bagi memastikan kejadian pembatalan penerbangan dan penjadualan semula tidak lagi berulang,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Anthony Loke menjawab soalan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai langkah sedang diambil oleh kerajaan bagi menghentikan penjadualan semula syarikat penerbangan yang sudah menjadi budaya. 

Wilfred pada Mei tahun lalu menerusi ciapan di Twitternya mendedahkan penerbangan AirAsianya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dijadualkan semula dua kali dari jam 8 malam hingga 12.30 pagi.

Pada masa sama, orang ramai turut meluahkan isu kelewatan penerbangan sejak Malaysia membuka semula pintu sempadan antarabangsanya berikutan sekatan COVID-19.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, pihaknya sedang menyiasat perkara itu, dengan siasatan awal mendapati kelewatan tersebut mula berlaku pada April tahun lepas.

Dalam jawapan di Parlimen, Loke menyatakan bahawa MAVCOM pada 5 Januari 2023 sekali lagi mengingatkan semua syarikat penerbangan untuk memperkukuhkan pengurusan pengendalian terhadap kelewatan dan pembatalan penerbangan di samping berkomunikasi dengan lebih baik dengan penumpang.

Beliau berkata, syarikat penerbangan juga perlu memenuhi keperluan dan penjagaan pelanggan, selaras dengan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC). 

Sementara itu, Anthony Loke menegaskan bahawa syarikat yang menangguhkan atau membatalkan penerbangan kerana isu teknikal atau kapasiti penumpang yang tidak memuaskan, mesti memberi pampasan kepada penumpang dalam tempoh 30 hari atau menawarkan penerbangan alternatif. 

“Jika syarikat penerbangan ingkar kepada MACPC, MAVCOM boleh mengenakan denda (penalti kewangan) tidak lebih RM200,000, dan ketidakpatuhan kedua atau berikutnya akan dihukum 10 kali ganda penalti yang dikeluarkan kali pertama,” katanya.

Beliau berkata, dari 2018 hingga Januari 2023, MAVCOM sudah mengenakan penalti sebanyak RM4.72 juta atas kegagalan syarikat penerbangan mematuhi pelbagai kesalahan dibawah MACPC. – The Vibes, 3 Mac 2023

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad