web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Fokus Rangkaian Internet Di Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 1:29PM

Fahmi Fadzil berkata pihaknya meminta MCMC di peringkat negeri segera berhubung dengan KKD bagi penyelesaian jangka panjang bagi rangkaian Internet di sekolah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian liputan Internet di sekolah adalah antara fokus Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bagi kenaikan taraf sekolah di seluruh negara.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata ia berikutan kesesakan jaringan Internet yang dihadapi oleh guru sekolah untuk pengisian kerja dalam talian seperti Sistem Pengurusan Identiti (iDME).

“Insya-Allah dari segi Internet saya akan minta pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia-MCMC) meneliti perkara ini sekiranya ada masalah melibatkan masalah lebar jalur atau tiada Internet (di sekolah),” katanya kepada media selepas mengedarkan sumbangan sarapan pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bangsar (Integrasi) di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata pihaknya meminta MCMC di peringkat negeri segera berhubung dengan KKD bagi penyelesaian jangka panjang bagi rangkaian Internet di sekolah.

“Sebagai contoh, terdapat sekolah yang ada menara (Internet tower) tetapi tiada line (liputan). Ada yang juga berdasarkan program Point of Presence (PoP) bawah KKD tetapi belum lagi selesai.

“Jadi setiap negeri ada cabaran tertentu tetapi insya-Allah kami akan mulakan di Kuala Lumpur untuk segera selesaikan (rangkaian Internet di sekolah),” katanya.

Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan segera mengenal pasti sekolah yang memerlukan bantuan bagi menaik taraf dari segi infrastruktur, kemudahan prasarana, murid tercicir dan sekolah daif.

Sementara itu, ketika ditanya berkenaan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), beliau berkata Ketua Pemuda Keadilan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli bersama pihak Pakatan Harapan akan bertemu dengan Menteri Pengajian Tinggi bagi membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad