web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semoga Ada Parti Yang Sudi Menerima Saya - Annuar Musa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 8:08PM

Annuar Musa - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sedang mempertimbang untuk kembali aktif dalam dunia politik dengan menyertai parti yang sesuai dengan wadah perjuangannya.

Mantan Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau menggunakan sepenuhnya tempoh ‘berehat’ sejak dibuang parti tiga bulan lalu untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus serta pola politik masa kini.

“Tiba masanya kini saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti dengan memilih parti yang sesuai dgn jiwa perjuangan saya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Jelas beliau, parti yang akan disertainya perlu benar-benar berjuang untuk menegakkan syiar Islam dan membela bangsa serta agama.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka,” katanya yang sudah 43 tahun berkecimpung dalam dunia politik, iaitu sejak tahun 1979.

Pada 9 Disember tahun lalu, Annuar dipecat daripada UMNO pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti berkenaan.

Walaupun tidak dinyatakan punca sebenar pemecatan, ia dipercayai berpunca daripada kelantangan beliau mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, khususnya berkaitan usaha jajaran baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan