Berita Terkini

53 minit yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Perdana Menteri Perlu Luluskan Projek Kedah Aerotropolis - Sanusi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 8:43PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri Kedah berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pertimbangan untuk meluluskan semula projek Kedah Aerotropolis yang akan memberi manfaat ketara kepada rakyat. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah Aerotropolis memainkan peranan sebagai "Economic Game Changer" bagi mengimbangi pembahagian industri berkenaan demi mengurangkan jurang kaya dan miskin antara negeri di wilayah utara.

Menurut beliau, kerajaan negeri komited membangunkan Kedah Aerotropolis bagi mengangkat martabat ekonomi rakyat yang majoritinya golongan B40 kepada M40 manakala M40 ke T20, selaras dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

"Projek berkenaan berupaya memperkasakan industri Aeroangkasa demi pembangunan ekonomi rakyat selaras dengan RMK-12 untuk dijadikan hab industri penerbangan Asia Pasifik. 

"Ia akan memberi fokus kepada kargo, logistik, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan Pusat Kecemerlangan Aeroangkasa di wilayah utara," katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim

Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat Jumaat lalu, Anwar menyatakan, cadangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim yang menelan kos kira-kira RM7 bilion tidak boleh dipertimbangkan dalam keadaan semasa.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan bercadang untuk menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dengan kerja-kerja akan diterajui Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Perdana Menteri berkata, turut akan dibangunkan ialah Pulau Carey oleh sektor swasta bagi mendukung dan menggalakkan kemasukan pelabur, peniaga dan pelancong ke Malaysia.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kedah dan Pulau Pinang dapat dikurangkan daripada 55 peratus kepada 37 peratus pada tahun 2030 sekiranya pembinaan Kedah Aerotropolis berjaya direalisasikan. 

Menurut beliau, hasil lima kajian konsultan dari segi kebolehlaksanaan ekonomi dan teknikal semenjak tahun 2015 telah mendedahkan bahawa semua konsultan menyokong penuh pembangunan Kedah Aerotropolis, yang amat  diperlukan untuk memartabatkan negeri Kedah dan wilayah utara.

"Kedah Aerotropolis dijangkakan dapat meningkatkan pertumbuhan tahunan Kedah daripada 4.5 peratus kepada 7.5 peratus dan ini amat penting untuk Kedah secara keseluruhan. 

"Ia juga mampu membawa industri Aeroangkasa di Malaysia ke tahap baharu dengan kerjasama kerajaan bersama sektor swasta, selain melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir tempatan yang akan menerajui pasaran pada peringkat domestik dan antarabangsa," katanya. 

Muhammad Sanusi berkata, projek itu juga dilihat mampu berperanan untuk  menarik pelaburan baharu dan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dengan kawasan sekitar, terdiri daripada perniagaan berorientasikan penerbangan, industri dan ekosistem yang akan menjana keseluruhan pembangunan secara holistik.

"Kedah Aerotropolis juga bertujuan mengurangkan kebergantungan Kedah kepada sumber pertanian dan meningkatkan status Kedah yang kini adalah negeri kedua termiskin di Malaysia,” katanya. 

Muhammad Sanusi sekali lagi menyatakan, projek tersebut tidak memerlukan peruntukan kerajaan Persekutuan kerana ia dibiayai sepenuhnya sumber kewangan swasta.

Jelasnya, pemilihan dan pelantikan dua pelabur utama sebagai rakan srategik utama kerajaan negeri Kedah telah dimuktamadkan namun akan diumumkan dalam masa terdekat. 

"Dengan penjelasan dan fakta di atas, demi kebajikan rakyat Kedah dan wilayah utara, kita memohon dipertimbangan semula dengan sewajarnya keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tanpa maklumat yang mencukupi berkenaan projek ini.

"Diharap pembentangan projek Kedah Aerotropolis dapat diaturkan dalam masa terdekat ini supaya penjelasan lebih terperinci dapat diberikan kepada Anwar untuk pemahanan yang lebih mendalam serta menyeluruh berkaitan projek ini," katanya. - Getaran, 26 Februari 2023 

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sebanyak 97 Peratus Kontrak DNB Diperoleh Secara Bidaan Kompetitif

Semasa 21 jam yang lalu

JAIPK Siasat Dakwaan Ayam Tidak Disembelih Di Kuala Kangsar

oleh Aiman Sadiq

Semasa 21 jam yang lalu

‘Terjah’ Landasan Sehingga Tren Tergendala, Lelaki Didakwa Di Mahkamah

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Teliti Dakwaan Kempen PRU-15 PN Dibiayai Syarikat Perjudian

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain