web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Salah Pilih Mangsa’, Pemandu Teksi Raba Polis Wanita Tidur Lokap   

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:39PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi ditahan selepas disyaki meraba punggung wanita yang rupanya-rupanya anggota polis di sebuah medan selera di AU5 Lembah Keramat, Taman Melawati di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi Selasa lalu itu, anggota polis wanita berusia 30 tahun yang bertugas di Balai Polis Hulu Kelang itu, dikatakan berada di lokasi kejadian untuk membeli kuih.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika sedang memilih kuih di medan selera tersebut, mangsa didatangi seorang lelaki warganegara Indonesia yang berada di belakangnya.

Beliau berkata, suspek dikatakan meraba punggung mangsa menggunakan tangan kiri dari belakang.

“Mangsa kemudiannya bertanya kepada suspek mengenai tindakan yang dilakukannya itu, namun lelaki terbabit tidak mengakuinya.

“Malah suspek menyalahkan anggota wanita tersebut yang dikatakan berdiri di tempat sempit, sambil memaklumkan dia berada bersama isterinya untuk bersarapan,” katanya menerusi hari ini.

Mohamad Farouk berkata, berdasarkan maklumat, pihak polis pergi ke lokasi kejadian dan membuat tangkapan terhadap suspek, iaitu seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 58 tahun.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula, semalam sehingga esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” tambahnya. - Getaran, 25 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tetap Solat Walaupun Tangan Diikat

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Pukul Lelaki Hingga Maut Di Semenyih

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

3 Pelajar Ditahan Selepas Rakam Aksi Samun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar