web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


10 Hari Terakhir Ramadan, PAS Tawau Gesa Masjid Dibuka Semula

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 8:41AM

Rosli Hassan (3 dari kiri) bersama ahli PAS dan NGO mengadakan pertemuan bagi meminta PKOB daerah Tawau membuka semula masjid dan surau pada 10 hari terakhir Ramadan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - PAS Kawasan Tawau meminta Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah ini membuka semula masjid dan surau kepada orang ramai sebelum bulan Ramadan berakhir.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Rosli Hassan berkata, permintaan itu dilakukan berikutan gesaan penduduk di daerah ini yang mahukan mereka berpeluang mengimarahkan rumah ibadah berkenaan sekurang-kurangnya menjelang sepuluh hari terakhir Ramadan.

"Seperti yang pernah dilakukan sebelum ini, pihak berkuasa boleh meletakkan syarat pengoperasian masjid dan surau mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

"Ini termasuk membabitkan kawalan Agensi Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi kawasan yang berkemampuan," katanya kepada Getaran.

Tambah Rosli, permintaan itu dibuat pihaknya selepas meneliti bilangan kes positif COVID-19 menunjukkan trend penurunan sejak kebelakangan ini.

"Alhamdulillah menerusi perjumpaan dengan pegawai di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), hari ini (semalam), ia mendapat reaksi positif," katanya.

Turut hadir dalam perjumpaan berkenaan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Amboasse Ramano dan wakil pertubuhan bukan kerajaan, (NGO) Sahabat Prihatin, Rusli Basri.

Bagi Pengerusi Surau Al Istiqomah Kampung Tanjung Batu Darat, Daramansah Lamasa, gesaan masyarakat Tawau itu bukanlah mahu menafikan usaha kerajaan dalam membanteras COVID-19, sebaliknya dilakukan selepas melakukan beberapa pertimbangan berdasarkan keadaan semasa.

"Pertama, sehingga hari ini, tidak ada kluster masjid atau surau dilaporkan di daerah ini, sekali gus menunjukkan kadar pematuhan SOP pada tahap terbaik.

"Jika dilihat di tempat lain seperti Kelantan misalnya yang turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid dan surau masih dibenarkan menghidupkan ibadah Tarawih berpandukan SOP,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Tadbir JHEAINS Tawau Kahar Sundu mengesahkan menerima kunjungan pihak berkaitan bagi membincangkan perkara itu.

"Sebenarnya menerusi mesyuarat tidak lama dulu, PKOB Tawau bersetuju agar kami memanjangkan cadangan kepada Pengarah JHEAINS bagi membolehkan ia dibincangkan di peringkat PKOB Negeri.

"Ini termasuk berkaitan jumlah kehadiran jemaah satu pertiga daripada keluasan atau kapasiti masjid dan surau," katanya.

Tambah Kahar, justeru, segala keputusan kebenaran sembahyang di masjid dan surau bergantung kepada keputusan PKOB Sabah. – Getaran, 3 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 4 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

4

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad