Berita Terkini

3 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


‘Subsidi Elektrik T20 Perlu Difikirkan Semula, Patut Bayar Lebih Kompetitif’ – Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 7:51PM

Subsidi kadar tarif elektrik bagi golongan dengan isi rumah berpendapatan tinggi (T20) perlu difikirkan semula pada masa depan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Subsidi kadar tarif elektrik bagi golongan dengan isi rumah berpendapatan tinggi (T20) perlu difikirkan semula pada masa depan, memandangkan mereka menerima gaji besar dan seharusnya membayar pada nilai lebih kompetitif.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, manakala bagi golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan rendah (B40, beliau bersetuju supaya mereka dikenakan tarif harga rendah.

“Di negara kita, pertama kita ada kerangka Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) untuk menetapkan tarif harga (elektrik), (manakala) kedua kita masih lagi melindungi, kita kekalkan kadar sama bagi pengguna domestik hata T20.

“Dan itupun bagi saya satu perkara yang kita perlu fikir semula di masa hadapan kerana bila kita bercakap soal tarif untuk T20, sepatutnya kalau mereka boleh dapat gaji besar, mereka kena bayar tarif lebih kompetitif tetapi untuk M40 dan B40, saya setuju supaya kita perlu lindungi mereka,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai bagaimana kerajaan boleh menyelaraskan hasrat dengan realiti bebanan dihadapi rakyat dengan kenaikan tarif elektrik.

Menerusi soalan dikemukannya, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, terdahulu Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa kerajaan tidak berhasrat membebankan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, sebaliknya ia hanya mengesankan konglomeret yang terlibat aktiviti eksport.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, pada masa sama, Suruhanjaya Tenaga (ST) mengeluarkan satu kenyataan bahawa kerajaan mengenakan kenaikan surcaj ICPT sebanyak 20 sen sekilowat jam yang mana sebelumnya hanya 3.7 sen satu kilowat jam, sekali gus menyaksikan kenaikan 566 peratus.

Nik Nazmi berkata, bagi pengguna bukan domestik, terutama yang menggunakan voltage tinggi dan sederhana iaitu pengusaha operasi besar, sememangnya ada beberapa syarikat terbabit, terutama syarikat utiliti itu terkesan.

Justeru, katanya, dalam kitaran ICPT akan datang, kerajaan akan memberi kadar lebih baik kepada mereka.

“Apa boleh saya sebut di sini, kita tak boleh teruskan korporat subsidi, ekonomi kita korporat mendapat keuntungan lebih besar, berbanding dengan kadar gaji dan sebagainya.

“Antara isunya adalah korporat subsidi kita benarkan, kita berikan selama ini jadi kita kena beralih kepada subsidi secara bersasar (targeted subsidi) yang memberi manfaat kepada rakyat secara langsung,” katanya.

Pada masa sama, Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, dalam keadaan kadar tarif lebih tinggi sekarang, syarikat perlu mengkaji cara lebih berkesan untuk menghasilkan sesuatu produk, bagi menjamin kecekapan tenaga.

“Saya boleh sentuh di sini kita mahu mereka (syarikat) jadi lebih energy effeciency (kecekapan tenaga).

“Kita nak menarik pelabur di negara kita bukan lagi atas dasar kos yang rendah, gaji rendah, kos rendah dan tarif rendah, tidak, kita nak tarik orang melabur di negara kita  kerana nilai tambah dapat kita berikan,” katanya. – Getaran, 23 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing

Semasa 9 jam yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq

Semasa 11 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Semasa 5 jam yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

oleh Farhana Farush