web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadi Awang Tak Ambil Bahagian Debat Titah Diraja

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 11:06AM

Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) ialah antara 22 Ahli Parlimen yang tidak mengambil bahagian dalam debat Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat. - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (PAS - Marang) ialah antara 22 Ahli Parlimen yang tidak mengambil bahagian dalam debat Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Tinjauan ke atas Hansard Parlimen dan senarai pendebat mendapati beliau adalah antara lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan satu-satunya ketua parti yang tidak mengambil bahagian.

Empa lagi Ahli Parlimen PN itu ialah Hassan Saad (Baling), Shahrizukirnain Abd Kadir (Setiu), Che Alias Hamid (Kemaman) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang). 

Semalam adalah hari terakhir untuk membahaskan Titah Diraja, yang membolehkan Ahli Parlimen berkongsi pendapat masing-masing berhubung titah Agong, selain menyuarakan isu melibatkan kepentingan awam dan Parlimen masing-masing.

Adalah kelaziman untuk semua ketua parti mengambil bahagian dalam debat Titah Diraja, dengan Speaker Dewan biasanya akan memberi mereka waktu yang lebih panjang berbanding Ahli Parlimen biasa untuk menyampaikan ucapan masing-masing.

Semua menteri dijangka menyampaikan ucapan penggulungan masing-masing serta jawapan kepada semua isu dibawa oleh Ahli Parlimen dalam sidang semalam dan hari ini. 

Hadi terkenal dengan rekod kehadiran yang buruk di Parlimen. Beliau sebelum ini dilaporkan hanya menghadiri 21 sesi daripada 71 sidang Dewan Rakyat tahun lalu, iaitu terendah antara semua Ahli Parlimen.

Hansard itu juga menunjukkan bahawa beliau terlepas dua hari persidangan iaitu pada Rabu dan Khamis lalu.

The Vibes bagaimanapun tidak tahu sama ada beliau menghadiri sesi semalam kerana Hansard terkini masih belum diterbitkan ketika berita ini ditulis.

Sebelum ini pada kempen pilihan raya November lalu, Presiden PAS itu mempertahan tindakannya untuk tidak menghadiri sidang Dewan sebagai memberi peluang kepada Ahli Parlimen lebih muda mengambil bahagian dalam debat.

Ahli Parlimen Marang sejak tujuh penggal itu juga berkata, ketiadaannya di Parlimen tidak menjejaskan undi yang bakal diraih dan kehadiran di Parlimen bukan seperti ‘kehadiran ke sekolah’.

Antara Ahli Parlimen berpengaruh yang turut tidak terbabit dalam debat Titah Diraja tahun ini termasuk Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan (Tapah-BN) dan Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (PH - Damansara).

Secara keseluruhan, Pakatan Harapan (PH) memiliki jumlah Ahli Parlimen terbesar yang tidak memiliki bahagian dalam debat tersebut.

Selain Gobind, Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak), Yeo Bee Yin (Puchong), Datuk R. Ramanan (Sg Buloh), S. Kesavan (Sg Siput).

Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Tan Kok Wai (Cheras), Datuk Seri Aminuddin Harun (Port Dickson), Pang Hok Liong (Labis), dan Mordi Anak Bimol (Mas Gading).

Turut tidak mengambil bahagian ialah Datuk Suhaimi Nasir (Libaran-BN), Datuk Henry Sum Agong (Lawas-GPS), Lo Su Fui (Tawau-GRS) dan Datuk Wetrom Bahanda (Kota Marudu-KDM). 

Apabila dihubungi, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau (PH - Lanang) mengesahkan nama semua Ahli Parlimen tersebut tidak tersenarai untuk mengambil bahagian.

“Biasanya kita akan menerima senarai pendebat daripada blok pembangkang dan kerajaan. Sesiapa yang mengambil bahagian sebelum ini namanya akan diserahkan kepada Speaker,” katanya. 

Untuk rekod. 149 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam debat Titah Diraja tahun ini.

Sejumlah 49 lagi terdiri daripada menteri dan timbalan menteri tidak mengambil bahagian kerana terikat dengan tugasan rasmi.

Lau dan seorang lagi Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor (BN - Cameron Highlands) turut tidak mengambil bahagian. - The Vibes, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad