web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rujuk Skim Perlindungan PERKESO Sebelum Perkenal Insurans Rahmah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:04AM

Nadzim Johan berpendapat skim perlindungan PERKESO adalah konsep terbaik dalam menjaga kebajikan bukan saja kepada pencarum tetapi ahli keluarga mereka. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perpaduan perlu menjadikan konsep perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai rujukan sebelum memperkenalkan skim Insurans Rahmah.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat, skim perlindungan PERKESO adalah konsep terbaik dalam menjaga kebajikan bukan saja kepada pencarum tetapi ahli keluarga mereka jika berlaku sebarang musibah.

Menurut beliau, PPIM amat menyambut baik cadangan kerajaan untuk memperluaskan konsep Rahmah kepada sektor insurans dan perbankan tetapi bimbang jika pembayaran bulanannya di luar kemampuan golongan sasaran.

Nadzim Johan - Gambar fail
Nadzim Johan - Gambar fail

“Sebagai contoh, skim perlindungan PERKESO, ia meliputi pelbagai perkara termasuk jika berlaku musibah seperti kecederaan atau kemalangan, namun bayaran bulanannya sangatlah rendah.

“Bayaran bulanan yang rendah dengan faedah baik bukan saja menarik minat golongan miskin dan B40 untuk mendapatkan perlindungan, malah ia turut menyumbang kepada peningkatan jualan syarikat insurans terlibat,” katanya kepada Getaran.

Nadzim Johan berkata, skim perlindungan PERKESO meliputi pelbagai perkara termasuk jika berlaku musibah seperti kecederaan atau kemalangan dengan bayaran bulanan yang rendah. - Gambar oleh Sairien Nafis
Nadzim Johan berkata, skim perlindungan PERKESO meliputi pelbagai perkara termasuk jika berlaku musibah seperti kecederaan atau kemalangan dengan bayaran bulanan yang rendah. - Gambar oleh Sairien Nafis

Bagaimanapun, Nadzim atau lebih dikenali sebagai Tok Ki mencadangkan supaya skim Insurans Rahmah diletakkan di bawah tanggungjawab PERKESO dengan menggunakan konsep sedia ada tetapi mendapatkan peruntukan daripada pihak bank.

“Perkara ini, kerajaan kena mainkan peranan kerana syarikat perbankan mencatatkan keuntungan ratusan juta ringgit walaupun negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

“Jadi tiada salahnya jika kerajaan mengarahkan mereka untuk menyumbang kepada penubuhan skim Insurans Rahmah dan rakyat pun mendapat manfaatnya,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan kerajaan akan memperluaskan konsep 'Rahmah' kepada sektor perbankan dan insurans dalam usaha meringankan beban ditanggung rakyat.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perjumpaan dan membuat sesi libat urus dengan pemain dua sektor berkenaan dalam masa terdekat.

“Konsep Rahmah itu sebenarnya tidak membabitkan satu sen pun wang kerajaan kerana apa yang kita laksanakan ini adalah dalam situasi menang-menang,” katanya.

Kelmarin, Salahuddin berkata, kerajaan juga akan mempertimbang saranan supaya golongan belia diberikan perlindungan takaful dan insurans mampu milik atau Insurans Rahmah serendah RM50 dengan manfaat lebih kompetitif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan golongan itu dilindungi.

“Saranan itu seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu memperluas inisiatif Rahmah kepada sektor perbankan dan insurans,” katanya.

Beninder Singh - Gambar fail
Beninder Singh - Gambar fail

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM), Beninder Singh berkata, apa jua inisiatif yang dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara rakyat adalah amat dialu-alukan.

Bagaimanapun, tegasnya, ia perlu dilaksanakan secara ikhlas oleh setiap syarikat insurans terlibat khusus kepada golongan miskin, B40 dan M40 sahaja.

“Kami percaya golongan yang berpendapatan tinggi kebanyakannya sudah memiliki polisi insurans.

“Golongan B40 kebanyakannya memang tak mampu membeli insurans. Kos sara hidup sudahlah tinggi, manalah orang mampu beli insurans terutamanya B40,” katanya.

Beninder berkata, pihaknya juga mencadangkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan skim insurans perubatan Rahmah dengan pembabitan klinik swasta.

“Inisiatif ini sekali gus dapat mengurangkan tekanan kepada operasi di hospital kerajaan.

“Ia juga akan memberi peluang kepada syarikat insurans untuk menjadi lebih inovatif dalam memperkenalkan pakej mampu beli. Mungkin ia dapat membantu meningkatkan jualan mereka pada masa hadapan,” katanya. - Getaran, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad