web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Projek LCS, Dasar Galak Guna EV Antara Tumpuan Parlimen Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:53AM

Isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka menjadi tumpuan pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan dasar bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. 

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam mengatasi isu projek LCS yang meruncing dan menjejaskan perancangan Transformasi 15-to-5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diajukan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) kepada Menteri Pertahanan pada sesi soal jawab.

Transformasi 15-to-5 TLDM merujuk kepada rancangan TLDM menyusun 15 buah kelas kapal yang sedia ada kepada lima.

Turut tersenarai, soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai dasar kementerian bagi menggalakkan penggunaan EV serta penambahan stesen pengecasan untuk EV di seluruh negara.

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) pula meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sejauh mana Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bertindak sebagai pengawal kepada kebebasan media yang tiada had sempadan penyebaran terutama menerusi media elektronik.

Selain itu, beliau turut bertanyakan sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita tidak beretika seperti meletakkan tajuk artikel yang bercanggah dengan kandungannya.

Soalan mengenai pendigitalan perkhidmatan kerajaan pula akan diajukan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang meminta penjelasan Perdana Menteri berhubung perancangan dan garis masa kerajaan bagi inisiatif itu dilaksanakan sepenuhnya serta langkah kerajaan menjamin maklumat pengguna dalam aspek keselamatan siber.

Selesai sesi soal jawab, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula dari 13 Februari hingga 30 Mac. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

5

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

6

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja