web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Jana Wibawa: Tengku Zafrul Akan Dipanggil - Azam Baki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 8:38PM

Tengku Zafrul Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung kes projek Jana Wibawa.

Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Tengku Zafrul akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan lanjut pihaknya.

Azam turut mengesahkan bahawa keterangan mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah diambil.

 Azam Baki
Azam Baki

“Siasatan masih lagi sedang dijalankan dan adalah tidak wajar untuk seseorang individu dipanggil membuat kesimpulan sendiri sama ada beliau hadir sebagai saksi atau pun suspek.

“Mereka harus menunggu sehingga siasatan selesai sebelum memberi sebarang komen berhubung siasatan yang dijalankan penguatkuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 memperuntukkan bahawa seseorang pegawai SPRM yang menyiasat sesuatu kes di bawah akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang hadir di hadapannya, bagi diperiksa secara lisan untuk sebarang perkara yang pada pendapatnya mungkin boleh membantu siasatan. 

Semalam Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), memaklumkan, SPRM memanggil beliau untuk memberi kenyataan, tetapi bukan sebagai suspek dalam projek Jana Wibawa.

Menurutnya, beliau memberikan kerjasama yang baik ketika memberi kenyataan dan SPRM juga menjalankan tugas mereka dengan baik.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu bagaimanapun memberitahu, pasukan peguamnya sedang meneliti tindakan undang-undang susulan terhadap beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. 

Muhyiddin dilaporkan berkata, keterangan diberi adalah berkait penganugerahan kepada kontraktor dipilih di bawah projek berkenaan.

Jana Wibawa didakwa melibatkan tatacara perolehan yang tidak mengikut peraturan ditetapkan. - Getaran, 19 Februari 2023


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad