web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia Dijangka Dibentang Di Parlimen Jun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 2:29PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia kini dalam peringkat sesi libat urus bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan pelbagai aspek perundangan yang berkaitan serta bentuk suruhanjaya itu sendiri.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berharap cadangan penubuhan itu dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini selepas mendapat kelulusan Kabinet serta pengurusan tertinggi.

“Saya menjangkakan sekiranya perlu diwujudkan suruhanjaya ini, ia makan masa setahun atau dua tahun, ia bukan begitu cepat.

“Tetapi fungsi atau bidang kuasa tugas (mengawal keselamatan siber) dipikul badan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) akan diteruskan,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai di sini, hari ini.

Selain itu, Fahmi juga berhasrat untuk mengkaji semula dasar kriptografi negara untuk memperkemas semula aspek keselamatan data di negara ini.

Katanya kriptografi melibatkan penyulitan (encryption) yang merupakan kunci keselamatan data dan ketika ini, negara-negara lain telah mula melaksanakan dasar baharu melibatkan kriptografi kuantum iaitu bidang matematik yang lebih advance.

Pada Januari lepas, Fahmi dilapor berkata KKD berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai langkah memperkukuh keselamatan siber di negara ini.

Berkenaan Majlis Khatan Perdana Parlimen Lembah Pantai yang berlangsung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Fahmi berkata program berkenaan diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun di kawasan Parlimen itu bagi membantu golongan B40. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad