web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Siap Sedia Jika Banjir Semasa SPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 3:31PM

Bilik gerakan banjir KPM dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika SPM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat pelbagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir semasa pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang bermula esok hingga 15 Mac.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata bilik gerakan banjir KPM dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga bersiap siaga menghadapi semua isu berkaitan banjir ketika SPM.

Fadhlina Sidek - Gambar fail
Fadhlina Sidek - Gambar fail

"Semua JPN telah bersedia khususnya melibatkan negeri yang memang sentiasa, dijangka ataupun biasa berlaku banjir, malah sekolah-sekolah kita juga bersedia menghadapinya sama ada sebagai pusat peperiksaan mahupun pusat pemindahan banjir.

"Kita (KPM) juga bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mempersiapkan kelengkapan menghadapi banjir, mudah-mudahan tidak (berlaku) banjir kerana kita mahu anak-anak menghadapi peperiksaan dalam keadaan paling selamat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas hadir pada program sumbangan awal persekolahan oleh syarikat Nationgate berjumlah RM12,000 kepada 150 murid dari lima Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jawi, di SJKT Nibong Tebal, di sini.

Sementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata KPM mengambil perhatian berhubung projek SJKT Sungai Bakap, di sini, yang terbengkalai sejak setahun lalu dipercayai kerana kekurangan dana sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ibu bapa.

Katanya beliau sendiri akan melihat dan memastikan pembinaan sekolah berkenaan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Sekolah yang terbengkalai itu telah berada dalam pengetahuan KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (Seberang Perai Selatan) sepenuhnya dan dalam perkara yang terkait rapat dengan pembinaan (sekolah) kalau ada isu ia memang akan menjadi perhatian kita (KPM)," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan