web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menu Rahmah: Kenyataan Ahli Parlimen Kapar Cetus Salah Faham, Hina OKU - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 10:04PM

Ras Adiba Radzi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kenyataan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko kesihatan seperti autisme, boleh memberi pemahaman yang salah kepada masyarakat selain menghina komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat itu, berharap agar wakil rakyat Perikatan Nasional berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Dr Halimah Ali - Gambar dari Facebook
Dr Halimah Ali - Gambar dari Facebook

“Kenyataan YB (Yang Berhormat) Dr Halimah Ali tanpa fakta dan data sains telah memberikan pemahaman yang salah kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ras Adiba berkata autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) merupakan satu bentuk kekurangan keupayaan dari aspek neurologi yang mengakibatkan masalah dari segi perkembangan bahasa, tingkah laku serta pertuturan yang melibatkan kanak-kanak dan bukannya penyakit fizikal.

Katanya autisme boleh dikenal pasti pada tahap awal pembesaran kanak-kanak bermula usia satu hingga tiga tahun dan mula ketara apabila umurnya meningkat 6 tahun.

Antara faktor penyebab ialah ciri-ciri genetik, sejarah keluarga, usia dan keadaan fizikal ibu semasa mengandung, jarak antara kandungan serta keadaan ketika hamil dan kelahiran bayi.

Katanya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu daripada 100 kanak-kanak di seluruh dunia menghidap autisme, manakala berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat hingga 30 Jun 2022, seramai 36,601 individu di negara ini disahkan mempunyai autisme termasuk 24,748 di bawah umur 12 tahun.

“Justeru, saya menyeru agar Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat supaya dapat menyegerakan penubuhan Majlis Autisme Kebangsaan, manakala Jabatan Pendaftaran Klinikal Austime perlu memperkenalkan pelaporan wajib bagi kes-kes austime di Malaysia.

“Selain itu, Klinik Subfertili di bawah Lembaga Pendudukan dan Pembangunan Keluarga Negara harus dilibatkan dalam mengatasi masalah austime dalam kandungan (bayi) dan perbanyakkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Autisma Berkefungsian Tinggi (PPDK HFA) di seluruh negara bagi mengembangkan potensi kanak-kanak autisme,” katanya.
Beliau turut menyeru agar semua pihak dapat menjaga dan menghormati sensitiviti golongan OKU di negara ini. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad