web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lynas Nafi Tahap Radioaktif Tinggi Dalam Air Bawah Tanah Berdekatan Loji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 9:34PM

Dr Ismail Bahairi berkata laporan bahawa Lynas telah menemukan tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah adalah tidak benar. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lynas Malaysia menafikan terdapat tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah berdekatan lojinya di Gebeng, Kuantan.

Pengurus Besar Keselamatan Radiasi Lynas Malaysia, Dr Ismail Bahairi dalam kenyataan berkata berdasarkan laporan Penilaian Impak Radiologi (RIA) bagi fasiliti pelupusan kekal, tiada perbezaan signifikan kepekatan radionuklida dalam air bawah tanah atau ikan berdekatan loji itu, sepanjang 10 tahun syarikat tersebut beroperasi.

“Ini adalah berdasarkan bukti saintifik daripada data pemantauan yang direkodkan sebelum Lynas Malaysia memulakan operasi di Gebeng dan 55 pusingan pemantauan bebas dalam sembilan tahun Lynas Malaysia beroperasi,” katanya.

Kenyataan itu adalah susulan laporan media tempatan mengenai kehadiran radionuklida berdekatan loji Lynas Malaysia di Gebeng yang disifatkan syarikat itu sebagai berat sebelah dan mengelirukan.

“Menyatakan bahawa Lynas telah menemukan tahap radioaktif yang tinggi dalam air bawah tanah adalah tidak benar. Seperti dinyatakan oleh laporan RIA, kepekatan radionuklida bagi air bawah tanah masih dalam garis panduan air minum Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Dunia,” kata Ismail.

Katanya laporan RIA itu adalah sebahagian daripada laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang dilakukan oleh pakar termasuk Sahabat Alam Malaysia dan dipaparkan kepada orang awam selama lebih kurang setahun bagi membolehkan mereka memberi pandangan. 

Laporan EIA itu turut mengandungi maklum balas daripada pakar tempatan dan antarabangsa dan ia diperakui oleh Jabatan Alam Sekitar, katanya.

Beliau berkata menurut laporan EIA, tiada perbezaan signifikan dalam radionuklida ikan yang ditangkap di dalam dan luar Kolam Takungan Air Ribut Lynas di Sungai Balok, justeru kenyataan bahawa Lynas menemukan elemen radioaktif adalah sesuatu yang tidak tepat dan mengelirukan.

“Lynas telah beroperasi secara selamat untuk lebih 10 tahun, selaras dengan peraturan Malaysia dan amalan terbaik antarabangsa termasuk dua pemeriksaan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mendapati Lynas adalah berisiko rendah dan mematuhi peraturan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 21 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar