web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NGO Minta Kerajaan Pertimbang Benarkan Pengeluaran Kecemasan KWSP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 5:44PM

Enam NGO menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar dengan segera. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mewakili kira-kira 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai baki simpanan RM100,000 ke atas, menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.

Antara NGO terlibat adalah Global Human Rights Federation (GHRF), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Independant Living and Training Centre Malaysia.

Presiden GHRF S. Shashi Kumar berkata rakyat sedang bergelut dengan situasi ekonomi negara yang terjejas terus dan tertekan oleh kos kehidupan harian yang kian meningkat.

Muhammad Fikri Khalid (tiga dari kiri) menerima memorandum daripada enam NGO yang menyeru kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan pengeluaran kecemasan KWSP dengan segera.
Muhammad Fikri Khalid (tiga dari kiri) menerima memorandum daripada enam NGO yang menyeru kerajaan membenarkan pencarum mengeluarkan pengeluaran kecemasan KWSP dengan segera.

Beliau berkata para pencarum pada satu sesi dialog pada 4 Februari lepas, telah meluahkan keperitan dan penderitaan hidup akibat pandemik COVID-19 dan sehingga kini tidak dapat memulihkan kehidupan harian termasuk dibelenggu hutang tertunggak akibat kehilangan pekerjaan, pinjaman wang dan kadar bunga yang tinggi, serta gaji bulanan yang tidak dapat menanggung kos harian.

“Terdapat 15.5 juta ahli KWSP setakat Jun 2022 dan bukan semua pencarum yang minta buat pengeluaran. Oleh itu, kerajaan perlu beri pertimbangan untuk membenarkan individu yang terdesak membuat pengeluaran, supaya membantu mereka untuk memulakan hidup semula serta menempuh waktu yang susah ini,” katanya.

NGO terbabit berkata rakyat sedang tertekan akibat kos kehidupan harian yang kian meningkat justeru pengeluaran kecemasan secara bersasar perlu dilaksanakan..
NGO terbabit berkata rakyat sedang tertekan akibat kos kehidupan harian yang kian meningkat justeru pengeluaran kecemasan secara bersasar perlu dilaksanakan..

Shashi berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya dapat membenarkan pencarum yang layak membuat pengeluaran segera.

Memorandum itu diterima pegawai khas setiausaha sulit kanan di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Fikri Khalid di sini hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad