web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota Bomba Bantuan Digigit Beruang Matahari Terima Faedah Perkeso

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 4:51PM

Mohd Nizam Hamid (kiri) menerima bantuan Faedah Hilang Upaya Sementara dari Dr Mohammed Azman (dua dari kiri) di kediamannya di Kota Sarang Semut di sini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyerahkan bantuan Faedah Hilang Upaya Sementara kepada anggota bomba bantuan, Mohd Nizam Hamid, 27, yang cedera pergelangan tangan kiri akibat digigit beruang matahari dalam kejadian pada 2 Februari lepas.

Bantuan itu disampaikan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed yang melawat Mohd Nizam di rumahnya di Batu 11, Bukit Besar, Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Mohammed Azman berkata Perkeso telah menerima permohonan anggota bomba bantuan yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan untuk mendapatkan faedah itu pada 8 Feb lepas.

"Segala dokumen berkaitan telah diperoleh dan Faedah Hilang Upaya Sementara diproses dan diluluskan pada 15 Feb dan Orang Berinsurans Sendiri (OBS) (Mohd Nizam) telah menerima bayaran sebanyak RM578.67 bagi tempoh 2 hingga 15 Februari.

"OBS juga telah diberikan cuti sakit pada 2 hingga 21 Feb dan masih menjalani rawatan susulan di rumah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada Mohd Nizam di sini hari ini.

Mohammed Azman berkata Mohd Nizam telah mencarum dengan Perkeso sejak 29 September 2022 di bawah Perkhidmatan Sokongan yang dibiayai kerajaan untuk perlindungan selama setahun.

Sementara itu, beliau berharap lebih ramai golongan yang bekerja sendiri segera melakukan caruman dengan Perkeso bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial dan faedah yang disediakan.

"Janganlah rasa caruman ini satu beban, hadirlah mendaftar di mana-mana pejabat Perkeso. Jika tak tahu nak masuk dalam sistem, kami ada pegawai yang bantu. Bawa kad pengenalan sahaja dan bawa duit untuk caruman,” katanya.

Dalam kejadian pada 2 Februari, Mohd Nizam bersama beberapa anggota bomba yang sedang dalam operasi menangkap seekor beruang matahari liar, diterkam dan digigit haiwan itu pada pergelangan tangan kiri di kawasan sawah padi di Kampung Batu 10, Selengkoh Tengah, Yan.

Mohd Nizam yang ditemui berkata kejadian yang menimpanya itu tidak akan melunturkan semangat untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dalam pasukan bomba.

"Sikit pun tak melemahkan saya, sebaliknya menjadikan saya lebih semangat untuk bekerja dalam pasukan bomba kerana minat saya sejak kecil lagi dan saya suka kerja yang mencabar,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan