web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKD Bantu Penyiaran, Jaringan Internet Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:05AM

Fahmi menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Angkasapuri, semalam - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) komited membantu Sabah khususnya berkaitan isu penyiaran dan jaringan internet.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dibincangkan bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif semasa kunjungannya bersama delegasi kementerian itu ke pejabat beliau di Angkasapuri, semalam.

Menurutnya, selain itu, beliau turut berkongsi mengenai tiga tumpuan utama KKD yang perlu dicapai pada tahun ini.

Katanya, ia termasuk pemantapan prasarana komunikasi, keselamatan siber, dan pelaburan ekonomi digital.

“Menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) yang diketuai Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif di Angkasapuri hari ini (semalam).

“Kami berbincang (untuk) membantu Sabah khususnya berkaitan isu penyiaran dan jaringan internet,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada 20 Januari lalu, Fahmi semasa sidang akhbar Mesyuarat Kerja Pelan Strategik KKD 2023-2025 dan Agenda KKD 2023 di Melaka memaklumkan, aspek prasarana akan membabitkan akses internet dan perkhidmatan telekomunikasi, sementara aspek keselamatan membabitkan data serta siber.

Beliau berkata, tumpuan terhadap pelaburan digital pula dijangka dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik sekali gus menjadikan negara ini sebagai hab digital di rantau ASEAN.

Katanya, ketika negara bergelut dengan keadaan ekonomi tidak menentu, KKD berusaha membantu kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital dengan suasana prasarana mencukupi dan selamat.

“Kalau sebelum ini kita banyak memberikan tumpuan kepada pembinaan pusat pemprosesan data, namun selepas ini kita akan melihat beberapa sektor lain yang perlu diberikan tumpuan, khususnya dalam aspek digital.

“Semua langkah dan tumpuan itu akan diselaraskan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang antara lain usaha terbabit bukan hanya memacu pertumbuhan ekonomi pasca COIVD-19, tetapi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di rantau ASEAN,” katanya. – Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad