web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dana Bantuan Malaysia Ke Turkiye Dan Syria Setakat Ini RM20 juta - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 1:31PM

Dana kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini berjumlah RM20 juta. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bantuan dana kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria kini berjumlah RM20 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sumbangan itu adalah daripada beberapa syarikat tempatan dan pelbagai pihak termasuk sebanyak US$1 juta daripada kerajaan Malaysia, manakala US$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Bagi bantuan menyelamat kita telah hantar dua pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), dan satu lagi kumpulan akan berlepas ke sana malam ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” kata beliau pada Waktu Pertanyaan Menteri semasa persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Anwar berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan
Anwar berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang Dewan Rakyat hari ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Anwar menjawab soalan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bentuk bantuan yang telah diberikan kerajaan kepada Turkiye dan barat laut Syria susulan bencana gempa bumi yang melanda yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa dan mencederakan ribuan rakyat kedua-dua negara berkenaan.

Anwar berkata kos penghantaran SMART banyak dikurangkan kerana kos penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan Turkiye menjadikan hanya sekitar RM4 juta dibelanjakan untuk tujuan berkenaan.

Pada 6 Februari lepas, gempa bumi bermagnitud 7.8 pada skala Richter telah melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria dan sehingga semalam dilaporkan bilangan kematian mencecah 31,643 orang manakala 106,428 lagi cedera.

Di Syria pula, dilaporkan seramai 5,329 orang maut dan 14,500 orang cedera.

Sementara itu, Anwar berkata beliau sendiri sedang mempertimbang untuk ke Turkiye malam ini bagi memberikan sokongan moral kepada pemimpin negara itu.

Menjawab soalan mengenai pendirian Malaysia melibatkan penghantaran pasukan bantuan ke Syria, Anwar berkata setakat ini bantuan yang akan dihantar ke negara itu adalah dana dan peralatan perubatan termasuk membawa satu kelengkapan hospital daripada ATM untuk dipasang di sana.

"Dana (RM20 juta) itu kita putuskan untuk bantu Syria dan kirim alat ubatan walaupun ketika itu Amerika Syarikat belum memberikan pelepasan,” kata beliau. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad