web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Turkiye: SMART Malaysia Mula Tugas Kesan Mangsa, Hulur Bantuan Kesemasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 4:00PM

Kerja di lapangan dijalankan seramai 70 pegawai dan anggota kumpulan pertama pasukan itu, selepas diterbangkan ke negara berkenaan, Isnin lalu. - Gambar ihsan SMART

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar kerajaan bagi membantu mangsa kejadian gempa bumi di Gaziantep, Turkiye, sudah memulakan misi itu.

Kerja di lapangan dijalankan seramai 70 pegawai dan anggota kumpulan pertama pasukan itu, selepas diterbangkan ke negara berkenaan, Isnin lalu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri berkata, pasukan itu kini sedang melaksanakan tugas mencari dan menyelamat mangsa terperangkap dalam runtuhan bangunan, akibat bencana terbabit di Nurdagi, Gaziantep.

Menurutnya, penugasan pasukan SMART ke Turkiye itu dijalankan dengan kerjasama pasukan INSARAG dari Qatar.

“Dalam operasi ini juga, pasukan SMART yang turut dianggotai pegawai perubatan dari Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), menghulurkan bantuan kecemasan kepada khemah mangsa yang terjejas,” katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Ujarnya, selain usaha mencari dan menyelamat, pasukan SMART menghulurkan bantuan kecemasan berhampiran khemah mangsa, antaranya kepada mangsa yang mengalami serangan jantung.

Terdahulu, pegawai dan anggota SMART selamat tiba di Lapangan Terbang Adana semalam, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Selasa lalu sejurus diberikan taklimat mengenai situasi semasa keadaan di Gaziantep.

“Sebaik tiba, pasukan pertama Malaysia ini yang turut membawa peralatan seberat 10 tan untuk operasi SAR, bergerak ke Nurdagi, Gaziantep, menerusi jalan darat dan melaksanakan misi menyelamat,” katanya.

Pasukan SMART pertama ini yang dihantar atas nama Pasukan SMART MAS – 01 difahamkan akan ditempatkan di Nurdagi sepanjang berada di Turki.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan kedua kumpulan misi mencari dan menyelamat SAR, berlepas ke Turkiye malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Seramai 70 pegawai dan anggota menyertai pasukan itu yang terdiri daripada 20 anggota SMART, 30 anggota JBPM dan 21 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Awal pagi Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras, Turkiye dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Kawasan itu dilanda dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatannya.

Gempa bumi pertama berlaku jam 4.17 pagi dan berpusat di Pazarcik, manakala gempa bumi susulan berukuran 7.6 pada skala Richter yang berpusat di Elbistan, Kahramanmaras berlaku 1.24 tengah hari (6.24 petang waktu Malaysia).

Setakat ini, jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, seperti dilaporkan Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.

Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Turkiye pula memaklumkan, seramai 12,391 orang terbunuh, manakala 62,914 cedera dalam gempa bumi itu.

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi itu dan lebih 13 juta orang turut terjejas. - Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini