web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKPP Berjaya Sekat Nafsu Makan Orang Ramai

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 11:01PM

Sharudin Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jumlah kutipan sisa domestik direkodkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang sejak kedatangan Ramadan 13 April lalu tidak banyak berubah seperti bulan sebelumnya. 

Perkara ini dipercayai berpunca daripada keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini sejak Mac lalu. 

Pengarah SWCorp negeri, Sharudin Hamid berkata, pelaksanaan PKPP secara tidak langsung dapat mengawal nafsu makan orang ramai walaupun kerajaan Pahang membenarkan penganjuran bazar Ramadan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. 

"Kebiasaannya sisa domestik ini akan meningkat antara 20 hingga 30 peratus setiap kali bulan Ramadan hingga kedatangan Syawal, namun tahun ini, kita merekodkan sebanyak 1,200 tan sisa domestik dikutip setiap hari di seluruh Pahang, sama seperti hari-jari biasa atau penurunan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu. 
  
"Kalau kita lihat perkembangan atau rekod kutipan (sisa domestik) tahun lalu, biasanya jumlah kutipan meningkat antara 20 hingga 30 peratus, contohnya tahun lalu kita mengutip sebanyak 1,560 tan metrik sisa domestik sehari.

"Kebanyakan sisa domestik ini adalah membabitkan sisa makanan dan kita dapat lihat tahun ini kebanyakan orang ramai lebih berhati-hati dalam berbelanja untuk juadah berbuka puasa atau sahur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa Anjuran Syarikat Konsesi Alam Flora Sdn Bhd Bersama Media di sini, malam tadi.

Sharudin berkata, pihaknya terkejut dengan data yang diperoleh, namun pada masa sama beranggapan masyarakat semakin celik dan sedar untuk tidak membazir dengan membeli makanan diperlukan sahaja.

"Pengurangan jumlah kutipan sisa domestik tahun ini juga disebabkan SOP membabitkan aktiviti jual beli di bazar Ramadan yang dihadkan oleh kerajaan negeri. 

"Sebagai contoh, jika dahulu terdapat lebih 100 gerai dibenarkan (beroperasi), tapi sekarang cuma 50 pada satu-satu masa," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Shahrudin berkata, pihaknya turut memperkenalkan syarat tambahan kepada penganjur bazar Ramadan untuk melantik kontraktor dilesenkan sahaja bagi menjalankan kerja kutipan sisa domestik di kawasan operasi bazar berkenaan. 

"Ini adalah bagi memudahkan pihak kami menjalankan pemantauan berhubung penjanaan sisa domestik dari semasa ke semasa di setiap bazar Ramadan yang beroperasi di Pahang," katanya. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 38 minit yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad