web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengasas Bersama TI-M, Tunku Abdul Aziz, 89, Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 8:51PM

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ahli Dewan Negara yang juga pengasas bersama Transparency International Malaysia (TI-M), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, meninggal dunia hari ini.

Pemergian Tunku Abdul Aziz dimaklumkan anak saudaranya Tengku Azman Tengku Zainal Abidin menerusi hantaran di Instagram.

“Al-Fatihah bapa saudara saya Tunku Abdul Aziz baru sahaja menghembus nafasnya yang terakhir. Semoga rohnya dicucuri rahmat bersama orang orang yang beriman,” katanya.

Saudaranya, Tunku Rina Rahida Rahman menerusi media sosial memaklumkan, mantan Naib Pengerusi DAP itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Tunku Aziz, 89, adalah tokoh korporat dan aktivis anti rasuah sebelum menyertai DAP pada 2008, seterusnya dilantik sebagai senator di Dewan Negara.

Namun, pada 2012, Tunku Aziz yang juga mantan Naib Pengerusi TI-M meletakkan jawatan daripada parti itu selepas beliau enggan melanjutkan tempoh perkhidmatannya dalam Dewan Negara, berikutan bantahannya terhadap sokongan DAP terhadap protes Bersih 3.0.

Tunku Aziz yang mengasaskan TI-M pada 1998, dilihat mempunyai pengaruh tinggi terhadap usaha memerangi rasuah dan mempromosikan hak asasi manusia serta menentang isu perkauman.

Beliau berkhidmat sebagai penasihat khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan di New York dari Februari 2006 hingga Januari 2007, selain memiliki integriti hingga ke peringkat antarabangsa.

Tunku Aziz juga pernah berkhidmat sebagai ahli Kumpulan Penasihat Peringkat Tinggi Bank Dunia mengenai Anti Rasuah bagi rantau Asia Timur dan Pasifik serta Panel Penasihat Asia-Pasifik mengenai Tadbir Urus Bandar yang Baik, Lembaga Institut Etika Awam Antarabangsa.

Bercakap kepada The Vibes pada Disember 2021, Tunku Aziz menyifatkan beberapa cabaran dihadapi DAP untuk mendapatkan sokongan undi Melayu, menjadi antara punca beliau meninggalkan parti berkenaan.

Dalam temu bual itu, Tunku Aziz berkata, terdapat isu berkaitan ketelusan antara pemimpin tertinggi DAP dengan ahli Melayunya, membawa kepada ‘isu kepercayaan’ tertentu.

Beliau juga menyatakan bahawa pendirian DAP yang tidak berkompromi terhadap dasar seperti sekolah vernakular adalah ‘penghalang besar’ untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Pada masa sama, beliau menegaskan, menerusi pemerhatiannya, politik berasaskan kaum akan kekal di Malaysia pada masa depan.

Ditanya sama ada beliau akan memberikan sokongannya kepada DAP ketika ini, Tunku Aziz enggan mengulas lanjut, sambil berkata ‘sama sekali tidak’ kerana ia menggalakkan aktiviti bertentangan dengan kepercayaan saya sendiri.

“Sebagai contoh, mempromosi demonstrasi jalanan walaupun sangat jelas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengisytiharkan bahawa Dataran Merdeka tidak dimaksudkan untuk digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia (DAP) menggalakkan sesiapa sahaja untuk hadir ke sana.

“Jika anda seorang penggubal undang-undang, anda bukan melanggar undang-undang dan saya tidak akan melanggar undang-undang. Ia semudah itu. Saya tidak fikir saya akan menyokongnya (sekali lagi). Saya sudah sepenuhnya terlupa mengenainya,” katanya. – The Vibes, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 33 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 52 minit yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi