web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Rakyat Malaysia Di Syria Terjejas Akibat Gempa Bumi - Zambry

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:39PM

Seorang kanak-kanak perempuan melindungi kepala adiknya daripada sisa runtuhan di rumah mereka di utara Syria. - Gambar dari Twitter @QudsNen

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi, berdasarkan laporan yang diterima daripada Malaysian Honorary Council di negara itu.

Zambry dalam satu kenyataan hari ini berkata memandangkan gegaran susulan dijangka berlaku, rakyat Malaysia di Syria telah dinasihatkan supaya senantiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta nasihat terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau juga mengucapkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa serta kepada kerajaan dan rakyat Syria. 

“Malaysia sedang siap sedia untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban rakyat di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat semalam,” menurut kenyataan itu.

Untuk bantuan, Zambry berkata rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui telefon di nombor +963 93324 5555 atau e-mel [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut melalui telefon di nombor +961 1787 144/166 atau e-mel [email protected] dan Kedutaan Malaysia di Amman di +962 6 590 2400 atau e-mel [email protected].

Dua gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dan 7.6 telah melanda selatan Turkiye pada Isnin yang turut menjejaskan negara jiran Syria.

Menurut kemas kini terbaru yang dikeluarkan Agensi Anadolu, bencana itu sudah meragut sekurang-kurangnya 3,419 nyawa di Turkiye manakala 1,559 orang terbunuh di Syria. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad