web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adakah Menantu Muhyiddin Individu Terima Projek Ratusan Juta? 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 1:19PM

Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan adakah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang memberi kontrak kepada anak dan menantu. 

Beliau membuat persoalan itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan wujud pemimpin yang menganugerahkan kontrak bernilai ratusan juta kepada anak dan menantu ketika memerintah. 

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi

“Dalam sidang media Perdana Menteri (semalam) masih menyebut mengenai ada ‘anak menantu’ dapat projek. Siapa dia dan dia menantu siap,” soalnya menerusi hantaran di Facebook miliknya, lewat malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri menegaskan, semua anggota Kabinet dilarang memberi gaji atau ganjaran daripada peruntukan kerajaan kepada ahli keluarga, jika mahu melantik mereka sebagai penasihat atau pegawai masing-masing.

Anwar berkata, beliau akan memastikan tiada sebarang pemberian kontrak bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga kepada anggota pentadbirannya, sepanjang memimpin Kerajaan Perpaduan.

“Tentunya saya mengambil pendirian tegas terhadap mereka yang menganugerahkan kontrak bernilai ratusan juta kepada anak, menantu ketika mereka memerintah. Kini, mereka pula mahu bercakap soal tadbir urus baik.

“Namun, saya hormati pandangan rakyat yang secara ikhlas bimbang jika kedudukan disalah guna untuk memperkayakan anggota keluarga mereka. Saya beri jaminan ini tidak akan berlaku di bawah pentadbiran saya. Mereka (anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan) tidak boleh berbuat demikian.

“Jika kamu bercakap soal pemberian gaji dan ganjaran, Nurul Izzah tidak mengambil sebarang elaun dan beliau memiliki pengalaman serta kepakaran,” katanya. 

Mengulas lanjut, dalam catatannya sebelum ini, Mohd Puad menegaskan beliau ada mempersoalkan pembabitan menantu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dalam sebuah projek kerajaan bernilai RM1.16 bilion.

“Semoga ada pendedahan, tindakan dan pendakwaan diambil dalam masa terdekat, jika wujud rasuah serta salah guna kuasa,” katanya. 

Terdahulu, menantu Muhyiddin, Adlan Berhan dikaitkan dalam satu konsesi sistem imigresen.

Menurut laporan The Vibes, Adlan didakwa mempunyai kaitan dengan seorang daripada pendahulu projek itu, penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc.

Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Mohammad Hafiz Jamalullail dipetik The Edge pada 2021 berkata, dalam kalangan hubungan politiknya, termasuk Adlan, tiada orang yang terbabit dengan S5.

Projek didakwa ada kaitan dengan Adlan itu ialah Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS), iaitu sistem berkomputer untuk kawalan pasport dan visa.

Sistem itu dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66 peratus kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion. - Getaran, 7 Februari 2023.

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi