web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Persatuan Pelajar Malaysia Di Turkiye Sahkan Mereka Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 9:38PM

MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Pelajar Malaysia di Turkiye (MASAT) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Presidennya Adib Azman ketika dihubungi Bernama melalui WhatsApp berkata persatuan berkenaan membuat hebahan dan menghubungi pelajar di kawasan terkesan termasuk di Gaziantep yang merupakan bandar terdekat dengan pusat gempa. 

Menurut pelajar tahun ketiga di Istanbul University itu, dua pelajar Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di Gaziantep disahkan selamat.

"Kami juga ada membuat semakan dengan pelajar tahfiz (warga Malaysia) di sana dan dilaporkan ada asrama mereka yang ranap disebabkan gempa bumi dan ada di kalangan rakan mereka dari negara lain yang syahid. 

"Namun alhamdulillah setakat ini tiada pelajar tahfiz Malaysia yang terkesan dan dilaporkan mereka berlindung di masjid buat sementara waktu," katanya.
Adib yang menuntut dalam jurusan Pengajian Islam (Uluslararası Ilahiyat) berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia di Turkiye dengan 168 daripadanya adalah pelajar universiti yang berdaftar dengan persatuan itu, manakala selebihnya pelajar tahfiz atau sekolah tinggi.

"Untuk situasi ini pihak Kedutaan Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul telah menerima makluman keberadaan pelajar-pelajar berkenaan dan telah diberikan nombor telefon pelajar di sana sekiranya mereka memerlukan sebarang bantuan," katanya.

Beliau turut menasihatkan pelajar Malaysia di negara itu untuk segera memaklumkan kepada MASAT sekiranya terlibat dalam apa jua kecemasan dan mendaftar di bawah persatuan untuk keselamatan mereka.

Menceritakan situasi ketika gempa berlaku, Adib berkata beliau yang berada Istanbul hanya merasai gegaran kecil.

“Saya berada di Turkiye buat tahun ketiga dan hanya dua kali sahaja saya merasai pengalaman gempa bumi. Istanbul jarang sekali ada gempa bumi yang agak serius dan biasanya terkesan sedikit gegaran. 

"Ada sekali gempa bumi di kawasan yang jarak perjalanannya 2 jam dari Istanbul dan kami dapat rasa gegaran di sini, masa itu dalam pukul 3 pagi. Saya terjaga, katil dan almari bergoyang dalam satu minit," katanya.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul, Mohd Khaidir Zainoddin turut merasakan gegaran kecil ketika gempa bumi itu berlaku, namun bersyukur aktiviti kembali normal pada sebelah pagi.

"Di Istanbul angin ribut kuat, salji turun dan hujan lebat. Waktu gempa itu berlaku saya tidur, saya hanya rasa gegar sikit," katanya.

Pekerja sambilan syarikat televisyen tempatan itu berkata beliau bagaimanapun masih belum dapat menghubungi rakan-rakannya yang berada di kawasan yang terjejas akibat gempa.

Menurut laporan media, gempa bumi yang melanda selatan Turkiye awal pagi Isnin berhampiran bandar Gaziantep telah meragut 912 nyawa di Turkiye, manakala 476 lagi kematian direkodkan di negara jiran Syria.

Sementara itu, satu lagi gempa kuat bermagnitud 7.2 berlaku 99 km barat dari Malatya, Turki pada 6.24 petang Isnin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan