web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPS Keluar Amaran Banjir Di Rompin, Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 9:41PM

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan amaran banjir di dua kawasan di sekitar Sungai Rompin yang dijangka dilanda bah sehingga pagi esok - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) mengeluarkan amaran banjir di dua kawasan di sekitar Sungai Rompin yang dijangka dilanda bah sehingga pagi esok.

JPS menerusi kenyataan berkata, berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir, pihaknya meramalkan kejadian banjir boleh berlaku di lokasi dan waktu seperti berikut, sekiranya hujan signifikan terus berlaku di Pahang.

“Pada hari ini bermula jam 3 petang tadi amaran banjir dikeluarkan untuk Rompin membabitkan Kampung Rekoh Baru dan kawasan di sekitarnya.

“Esok pula, mulai jam 1 pagi nanti amaran banjir dikeluarkan untuk daerah sama, membabitkan Kampung Tanam dan kawasan di sekitarnya,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, menurut JPS, banjir diramalkan itu boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan. 

“Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir. 

“Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicinfoBanjir dan Twitter@JPS InfoBanjir untuk maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca kurang baik di kawasan Pantai Timur Semenanjung, pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan utara Sarawak serta barat Sabah.

“Berdasarkan analisis model cuaca, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di timur Semenanjung pada pagi. 

“Manakala cuaca sama dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan utara Sarawak serta barat Sabah pada petang dan malam sehingga 9 Februari ini,” katanya.

Justeru, MET Malaysia menasihatkan orang ramai sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial, selain memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. - Getaran, 5 Februari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 16 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad