web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Semua PPS di Pulau Pinang Ditutup, Mangsa Di Johor, Sabah Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 7:00AM

Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri berkenaan, ditutup sepenuhnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri berkenaan, ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa bencana itu di Johor dan Sabah menurun. 

Di PULAU PINANG, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata, semua 59 mangsa banjir daripada 17 keluarga PPS di Dewan Komuniti Kubang Menerong, Seberang Perai Utara dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah, Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang semalam selepas kediaman masing-masing selesai dibersihkan.

“Pihak kami turut membuat pemeriksaan di semua rumah mangsa banjir bagi memastikan kediaman mereka selamat didiami semula. Cuaca yang baik hari ini juga mempercepatkan lagi air surut serta kerja pembersihan dapat dijalankan,” katanya kepada Bernama.

Di JOHOR, jumlah mangsa di PPS menurun kepada 769 orang setakat 8 malam tadi, berbanding 819 orang yang direkodkan pada 4 petang semalam. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, seramai 743 mangsa daripada 210 keluarga yang terkesan akibat banjir termenung, ditempatkan di lima PPS di daerah Batu Pahat.

Menurut kenyataan itu, 26 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Segamat.

Sementara itu, JPBN memaklumkan enam daerah dilanda hujan malam tadi, kecuali Mersing, Segamat, Batu Pahat dan Tangkak yang dilaporkan cerah.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir malam tadi yang masih berada di satu-satunya PPS di negeri berkenaan, iaitu di Beaufort yang beroperasi, menurun kepada 134 mangsa daripada 40 keluarga berbanding 224 mangsa daripada 63 keluarga petang semalam.

Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua PPS di Telupid sudah ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan balik petang semalam. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad