Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Sistem Kumpul Maklumat Bekalan Sayur Boleh Bantu Persiapan Awal, Elak Kekurangan - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Feb 2023 1:27PM

Terung antara jenis sayur yang dilaporkan mengalami kekurangan bekalan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) perlu mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat secara waktu nyata (real time), berhubung aspek bekalan sayur di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, melalui sistem tersebut, kementerian itu akan dapat membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk kekurangan bekalan.

Katanya, maklumat waktu nyata itu merangkumi jenis sayuran sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan serta kos pengeluaran.

“Pagi ini saya membaca laporan mengenai kekurangan bekalan sayur, seperti kacang panjang, bendi dan terung.

“Saya sudah mengarahkan pegawai saya dan agensi terlibat, seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA) untuk mengambil langkah intervensi segera bagi menambah dan mencukupkan bekalan.

“Bagi jangka masa panjang, kementerian perlu mewujudkan sistem data raya untuk kita mendapatkan maklumat secara ‘real time’,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad menambah, meskipun beliau bukanlah mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT), beliau melihat sekiranya papan pemuka (dashboard) sistem terbabit boleh diakses melalui telefon pintar, persiapan awal dapat dilakukan pada bila-bila masa.

“Misalnya jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini,” katanya.

Pada masa sama, Mohamad berkata, beliau juga yakin ramai anak muda di negara ini mampu menghasilkan sistem seumpamanya.

“Saya rasa kementerian tidak ada halangan untuk memberikan dana sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Pengeluaran Bekalan Telur Ayam Dalam Negara Beransur Stabil - Mohamad

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Akuakultur Ikan Marin, Air Tawar Mampu Tingkatkan Sumber Pendapatan Penternak

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kekurangan Telur, Ayam Mampu Diselesai Menjelang Ramadan - Menteri

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kekurangan Pekerja Antara Punca Bekalan Telur Ayam Terganggu - Mohamad

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Tiada Virus Marburg Dikesan Di Malaysia Setakat Ini - Dr Zaliha

Semasa 13 jam yang lalu

MRSM Berbayar, Jangan Ulangi Kesilapan Sama

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Seru Penubuhan Agensi PBB Khusus Untuk Air

oleh Amar Shah Mohsen

Semasa 16 jam yang lalu

Sultan Johor Titah Cadangkan Tanah Orang Asli Dijadikan Tanah Kesultanan