web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemain Industri Makanan Perlu Kerjasama Jayakan Pelaksanaan Menu Rahmah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 9:00AM

Juadah makanan yang telah siap dibungkus untuk pelanggan ketika tinjauan inisiatif Menu Rahmah di pasar raya Mydin Ayer Keroh, Melaka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Penasihat Pertubuhan Sahabat Tomyam Prihatin SeMalaysia (Sahabat Tomyam) Che Mamad Che Mod berkata pemain industri makanan tidak harus memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya cara meringankan beban yang ditanggung golongan berpendapatan rendah, termasuk B40 dan asnaf.

“Kita (Sahabat Tomyam) menjayakan program ini dengan kerajaan supaya rakyat yang sedang mengalami kesusahan hidup dapat mengalas perut dengan menu yang lengkap pada harga yang berpatutan,” katanya sebagai tetamu dalam program ‘Malaysia Petang Ini: Menu Rahmah Bantu Rakyat Jimat’ terbitan Bernama TV hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata Sahabat Tomyam sedang menyelaras pelancaran pelaksanaan Menu Rahmah oleh ahli pertubuhan itu di seluruh negara.

Katanya, penyertaan bukan secara paksa tetapi amat dialu-alukan.

“Untuk peringkat awal dijangkakan 500 atau 600 restoran (milik ahli Sahabat Tomyam) di seluruh Malaysia akan menawarkan Menu Rahmah,” katanya.
Sebelum ini, Program Menu Rahmah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 31 Jan lepas, dengan tujuh persatuan restoran termasuk Sahabat Tomyam terlibat dalam program itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Amirudin Seru Jentera PH Lupakan Perbedaan Dengan BN Demi Kemenangan PRN Selangor

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Sedang Rangka Strategi Perkukuh Keterjaminan Makanan - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad