web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tumpahan Diesel, Hidraulik Berjaya Dikawal Elak Masuk Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 1:06PM

LUAS telah mengambil langkah perlu bagi mengelakkan tumpahan diesel dan hidraulik daripada treler terbabit memasuki parit lebuh raya. - Gambar dari Facebook Lembaga Urus Air Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tumpahan diesel dan hidraulik dari sebuah treler terbabit kemalangan di Kilometer 371.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River, Perak malam tadi berjaya dikawal daripada menjejaskan Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH).

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada PLUS berkenaan insiden kemalangan itu pada jam 12.40 pagi tadi.

Katanya, kemalangan terbabit menyebabkan tumpahan diesel dan hidraulik daripada treler memasuki parit lebuh raya tetapi berjaya dikawal segera.

“Berdasarkan semakan jajaran, bahan cemar tersebut akan memasuki kawasan Selangor iaitu Sungai Bernam melalui Sungai Trolak di Perak.

“Ini berpotensi menyebabkan gangguan kepada LRA BRH yang berada sekitar 22.7 km di hilir lokasi kemalangan,” katanya.

Salah seorang petugas LUAS memeriksa parit di lebuh raya terbabit.
Salah seorang petugas LUAS memeriksa parit di lebuh raya terbabit.

Menurut kenyataan itu lagi, tempoh masa aliran untuk sampai sekitar 15 jam.

Terdahulu, seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandu terbabit dalam kemalangan di KM371.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, malam tadi.

Mangsa, Mohd Nor Afzam, 36, dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 11 malam.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kajang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa didapati membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta dihadapannya, menyebabkan kenderaan dipandu hilang kawalan lalu terbabas melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan.

“Akibat kemalangan ini mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya. – Getaran, 2 Februari 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 42 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini