web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Selamat: Kemalangan Di Selangor Meningkat Lebih 40 Peratus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 3:00PM

Antara kesalahan paling banyak dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju, memotong barisan di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melanggar lampu isyarat dan penyalahgunaan laluan lorong kecemasan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak 4,042 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Selangor menerusi Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina bermula 18 hingga 27 Jan lepas.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 43.8 peratus berbanding Op Selamat 17 pada tahun sebelumnya dengan 2,810 kes kemalangan.

Beliau berkata sebanyak 17 kes kemalangan maut turut direkodkan manakala dua kes mangsa mengalami cedera parah dan 25 kes cedera ringan.

"Tiga lokasi yang mencatatkan kemalangan tertinggi adalah kawasan Petaling Jaya sebanyak 527 kes, Shah Alam (471) dan Kajang (433). Peningkatan kes kemalangan ini menunjukkan masyarakat masih lalai mengenai keselamatan jalan raya," katanya kepada Bernama.

Menurut Sasikala Devi sebanyak 28,792 saman turut dikeluarkan oleh pihak polis di Selangor menerusi operasi berkenaan.

Bagaimanapun katanya jumlah itu menurun sebanyak 44.4 peratus iaitu sebanyak 22,691 saman berbanding Op Selamat 17 berjumlah 51,753 saman.

"Antara kesalahan paling banyak dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju, memotong barisan di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, melanggar lampu isyarat dan penyalahgunaan laluan lorong kecemasan," katanya.

Beliau berkata sebanyak 357 kes jenayah direkodkan di 16 lokasi seluruh Selangor dengan 280 daripadanya melibatkan kes jenayah harta benda manakala selebihnya jenayah kekerasan.

Mengenai perayaan Thaipusam, Sasikala Devi berkata seramai 500 anggota polis akan bertugas menjaga ketenteraman serta keselamatan orang ramai di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves.

"Mereka akan ditempatkan di lima zon meliputi 45 'check point' di dalam dan luar kawasan kuil berkenaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek