web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah, Johor Menurun Malam Selasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 7:09AM

Penduduk Kampung Tenang mencuci kediaman mereka selepas dinaiki air susulan banjir yang melanda beberapa tempat di sekitar negeri Johor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 1,935 orang setakat malam ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Di SABAH, JPBN negeri itu dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir malam tadi di 12 PPS yang masih beroperasi di tiga daerah turun mendadak kepada 556 mangsa daripada 165 keluarga berbanding 1,641 orang daripada 594 keluarga petang semalam.

Menurut JPBN jumlah mangsa banjir di daerah Telupid yang masih berada di lapan PPS di daerah itu ialah 400 orang daripada 113 keluarga, di Paitan 111 orang daripada 40 keluarga di tiga PPS manakala di Lahad Datu seramai 45 orang daripada 12 keluarga di sebuah PPS.

Sementara itu, semua mangsa banjir di daerah Pitas dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan PPS di Dewan Kampung Kusilad serta Sekolah Kebangsaan Pekan 2 telah ditutup.

Di JOHOR, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menurun kepada 1,379 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 1,525 mangsa yang direkodkan pada 4 petang tadi.

JPBN berkata 17 buah PPS masih beroperasi di daerah Batu Pahat, Mersing, Kota Tinggi dan Segamat.

Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 919 mangsa, diikuti Kota Tinggi (223), Mersing (147) dan Segamat (90), menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan