Berita Terkini

4 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 4 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 4 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 4 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 4 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Waktu Puncak LRT Laluan Ampang-Sri Petaling, Monorel Dilanjutkan Mulai Hari Ini

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 7:03AM

Pemanjangan operasi waktu puncak membolehkan mereka merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel, khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan daripada gangguan perkhidmatan di antara dua stesen Transit Aliran Ringan (LRT), iaitu Stesen Bandaraya dan Masjid Jamek akibat landasan bengkok, operasi tren itu bagi Laluan Ampang dan Sri Petaling serta Laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan pada waktu puncak bermula hari ini.

Syarikat pengendali perkhidmatan itu, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) memaklumkan, pemanjangan operasi waktu puncak berkenaan adalah untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna.

Menurutnya, ia juga membolehkan mereka merancang perjalanan lebih awal bagi mengurangkan kesesakan di beberapa stesen rel, khususnya di stesen pertukaran LRT Masjid Jamek dan Stesen LRT Hang Tuah.

“Waktu puncak pagi akan dipanjangkan dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 pagi, berbanding jadual asal, iaitu 7 pagi hingga 9.30 pagi.

“Manakala waktu puncak petang akan dipanjangkan dari jam 4.30 petang hingga 8.30 malam, berbanding jadual asal, iaitu 5 petang hingga 7.30 malam,” menurut kenyataan itu.

Katanya, bagi operasi perkhidmatan LRT ketika pelanjutan waktu puncak itu, kekerapan tren untuk Laluan Ampang/Sri Petaling pada Isnin hingga Jumaat adalah lima minit untuk Daerah Pusat Perniagaan (CBD) dan 10 minit (Bukan CBD).

Manakala, pada Sabtu, Ahad dan cuti umum, kekerapannya adalah setiap enam minit (CBD) dan 12 minit (Bukan CBD).

“Kekerapan perkhidmatan monorel ketika pelanjutan ini pada waktu puncak bagi Isnin hingga Jumaat adalah 7 minit serta 12 minit pada Sabtu, Ahad dan cuti umum,” katanya.

PRASARANA berkata, Rapid KL juga akan menambah bilangan bas perantara percuma kepada 34 bas dengan kekerapan 10 minit bergantung keadaan lalu lintas.

“Bagi laluan LRT Hang Tuah - LRT Bandaraya - LRT Hang Tuah, sebanyak 15 bas disediakan, manakala LRT Masjid Jamek - LRT Bandaraya - LRT Masjid Jamek (9) dan LRT Sentul Timur - LRT Bandaraya - Stesen LRT Sentul Timur (10),” katanya.

Selain itu, PRASARANA berkata, bagi melancarkan perjalanan dan pergerakan penumpang, Rapid KL akan menambah bilangan kakitangan sokongan berjumlah hampir 100 orang untuk mengawal serta membantu penumpang di stesen rel.

“Inisiatif ini adalah komitmen Rapid KL dalam memastikan mutu penyampaian perkhidmatan diberikan kepada pengguna adalah sentiasa dalam tahap terbaik.

“PRASARANA memohon maaf di atas kesulitan dialami penumpang dan amat menghargai sokongan serta kesabaran anda. Keselamatan penumpang adalah menjadi keutamaan pihak kami,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan, perkhidmatan LRT itu mengalami kelewatan akibat penjajaran landasan bengkok berhampiran stesen Bandaraya.

Menerusi kenyataannya, Rapid Rail memaklumkan, pemerhatian awal menunjukkan, kelewatan atas faktor keselamatan itu, adalah disebabkan kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan.

Katanya, kerosakan itu dipercayai akibat daripada kerja pembinaan bersebelahan dengan kawasan berkenaan.

“Jurutera Rapid Rail sedang berada di kawasan terbabit bagi menilai keadaan bersama-sama dengan pakar struktur untuk memastikan keselamatan dan kekukuhan.

“Atas faktor keselamatan, pihak Rapid Rail membuat keputusan untuk menutup laluan di antara stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya, sehingga kekukuhan serta keselamatan dapat dipastikan,” katanya.

Dalam satu maklumkan selepas itu, Rapid Rail berkata, perkhidmatan LRT Laluan Ampang antara Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek kini dihentikan sementara, akibat penjajaran landasan bengkok atas faktor keselamatan. – Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

MOT Arah PRASARANA Bincang Masalah Teknikal LRT, MRT

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya: Rapid Rail Aktifkan Rel Alternatif

3

Semasa 1 bulan yang lalu

'Troopers' Prasarana Bantu Pergerakan Penumpang Di Stesen LRT Raih Pujian Ramai

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Perkhidmatan LRT Ampang: DBKL Arah Henti Kerja Projek Menara SOHO

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerusi Muhyiddin, Hamzah, Hadi Kosong Sewaktu Sesi PMQ?

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Bapa Tidak Perlu Risau Lagi, Astro Baharu Dilengkapi Dengan Fitur Yang Selamat Untuk Tontonan Kanak-Kanak 

Astro tekad menjadi platform pilihan utama ibu bapa untuk mendapatkan hiburan terbaik untuk anak-anak mereka.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Martabak RM20 Tular, Netizen Kata Melampau, ‘Ini Harga Kayangan’

oleh Farhana Farush

Politik 1 hari yang lalu

Melaka Mungkin Bentuk Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid