web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shahril Sepatutnya Jadi Ketua Pemuda UMNO Seterusnya, Tapi…- KJ

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 5:14PM

Shahril Hamdan (kiri) dan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penggantungan keahlian Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan ibarat ‘memalapkan’ peluang dan potensi pemimpin muda itu untuk menerajui sayap parti berkenaan.

Mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia kerana tindakan tersebut dibuat tanpa melalui proses sebenar.

This guy should have been the next Ketua Pemuda UMNO. (Lelaki ini sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO seterusnya.

But he was suspended without due process. For nothing. (Tetapi dia digantung keahlian tanpa proses sewajarnya. Begitu sahaja),” katanya menerusi keterangan di foto beliau bersama Shahril yang dimuat naik di Instagram Story hari ini.

Shahril adalah antara empat pemimpin kanan UMNO yang digantung keahlian kerana didakwa melanggar disiplin parti itu sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Khairy memuatnaik foto bersama Shahril di Instagram Story beliau hari ini.
Khairy memuatnaik foto bersama Shahril di Instagram Story beliau hari ini.

Tiga pemimpin lain adalah Ahli Parlimen Sembrong yang juga mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Shariff.

Penggantungan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Jumaat lalu.

UMNO turut bertindak nekad memecat keahlian Khairy dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar atas alasan sama.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Shahril menerusi rakaman video dimuat naik di Facebook semalam menegaskan, penggantungannya daripada parti itu dibuat tanpa menggunakan prosedur yang betul.

Justeru, beliau berkata, sukar untuk membuat rayuan berhubung hukuman dikenakan itu.

“Sebab itu apabila orang cakap buat rayuan, saya ingat rayu pun nak buat rayuan macam mana, sedangkan proses pun tak guna prosedur betul, tak akan rayuan pula tiba-tiba jadi okay,” katanya.

Mengulas mengenai penggantungannya, Shahril berkata, beliau sendiri tidak tahu punca sebenar di sebalik tindakan berkenaan.

Namun, beliau memaklumkan ada terbaca sedikit mesej yang sengaja ditularkan, bahawa penggantungan itu berpunca daripada tindakannya melepaskan jawatan Ketua Penerangan UMNO, selain mendesak Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab selepas kekalahan parti berkenaan pada PRU-15.

Menurutnya, ia juga didakwa berpunca daripada rakaman video mengenai cadangannya untuk perubahan dalam UMNO, termasuk mewujudkan Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (RND). - Getaran, 29 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja