web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saman Fitnah: Ahmad Amzad Perlu Fail Pernyataan Pembelaan 6 Februari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 6:11PM

Ahmad Amzad Hashim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim perlu memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 6 Februari ini.

Saman itu berhubung dakwaan kenyataan berbaur fitnah bahawa Anwar berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif berkata mahkamah menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Nordiana Abd Aziz semalam.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 6 Februari secara dalam talian di hadapan timbalan pendaftar sama untuk mengemas kini kes saman itu,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Anwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala Saiffuddin Othman mewakili Ahmad Amzad sebagai defendan.

Dalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menuntut ganti rugi am dan pampasan serta ganti rugi teruk dan teladan selain memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad