web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nurul Izzah Kongsi Khabar Duka Keguguran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 9:28PM

Nurul Izzah memuatnaik gambar berpelukan dengan ibu bapanya, Anwar dan Wan Azizah ketika memaklumkan mengenai khabar duka itu. - Gambar dari Instagram n_izzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar berkongsi berita duka bahawa beliau mengalami keguguran bayi keempatnya.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi coretan di Instagram dengan turut memuat naik foto berpelukan bersama ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang kami lalui bersama.

“Selesai berkempen, sempat pula menjangkiti COVID-19 buat kali kedua, mendapat berita mengandung anak keempat, kemudian sedang sibuk menguruskan tugasan baru ke sana ke mari. Kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya, dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi dikandung. ‘The little boot is gone’ (tiada lagi permata hati kecil)

“Tentunya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali,” katanya.

Menerusi penulisan sama, mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap positif dengan meluahkan beliau redha terhadap ujian dihadapi dan akan tetap kuat meneruskan kehidupan.

“Syukur Alhamdulillah, saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman sama, walau jalur individunya berbeza.

“Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa yang kita capkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman,” katanya.

Malah, di sebalik kesedihannya, Nurul Izzah tetap memberikan kata-kata semangat kepada individu yang kehilangan individu tersayang, supaya kekal kuat dan meneruskan kehidupan.

“Jadi kepada anda, hampir semua kita yang pernah merasa kehilangan, kita boleh mengucapkan doa, kasih sayang dan peringatan bahawa kehidupan perlu diteruskan.

“Dan kemegahan kegembiraan dan kebahagiaan akan hadir di setiap sudut, sama ada menerusi senyuman Safiyah, Harith dan Yu Zhou atau dalam pelukan hangat papa dan mama saya sendiri, setiap saat adalah berharga.

“Semoga segalanya baik. Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas sekarang, lakukan sahaja. Sebelum babak kehidupan seterusnya bermula, InshaaAllah,” katanya.

Nurul Izzah melangsungkan perkahwinan dengan seorang penyelidik Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong pada 5 Ogos tahun lalu.

Ia adalah perkahwinan kedua beliau selepas kira-kira tujuh tahun bergelar ibu tunggal.

Sementara itu, perkongsian mantan Naib Presiden PKR berkenaan mengundang sebak pengikut laman sosial beliau itu, termasuk beberapa pemimpin politik yang turut mendoakannya kuat dan menjaga kesihatan dengan baik.

“Sedih saya mendengarnya. Terus kuat dan jaga diri anda sebaiknya,” kata Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin.

“Saya sangat simpati dengan kehilangan anda (Nurul) Izzah,” tulis Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Sedih mendengar berita ini. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Doa saya untuk anda dan keluarga,” komen Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Allahuakbar. Innalillah. Takziah YB. Tiada kata boleh menjelaskan betapa simpati saya mendengar khabar ini. Semoga anda dan keluarga anda mendapat kekuatan serta ketenangan semula, aamin,” ujar @am4liena.

“Semoga Allah menggantikannya. Sedih di atas kehilangan anda,” tulis @bintu.salwa. - Getaran, 24 Januari 2023

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja