web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NRECC Adakan Mesyuarat Berhubung PLSB Sungai Golok Minggu Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 7:05AM

Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan) menyampaikan ucapan sewaktu hadir pada Perjumpaan Bersama Penduduk Terkesan Banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan mengadakan mesyuarat berhubung Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok pada minggu depan di Kuala Lumpur, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata kesemua agensi terlibat termasuk kerajaan negeri akan mengatur tindakan jangka pendek bagi memastikan kebajikan penduduk terpelihara.

"Saya akan beri perhatian terhadap kebimbangan penduduk yang berulang kali mengalami kesusahan setelah dakwaan banjir berlaku akibat pembinaan benteng PLSB tersebut.

"Sebarang keputusan dalam mesyuarat akan dimaklumkan nanti termasuk berkaitan peruntukan khas sekiranya ada turut dibincang sama," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa bertindak banjir dan mangsa banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang, di sini semalam.

Sebelum ini, media melaporkan hampir 100,000 penduduk daripada 62 kampung di Rantau Panjang, di sini kecewa dengan pembinaan projek PLSB Sungai Golok yang dianggap gagal.

Nik Nazmil berkata desakan penduduk yang mahu agar diperbanyakkan pembinaan pintu air pada benteng terbabit juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Perbincangan ini perlu kerana kita tidak mahu penduduk kampung menjadi mangsa ketika projek ini dalam pembinaan, Insya-Allah akan ada tindakan segera diambil oleh agensi berkaitan kerana kita tidak mahu kejadian banjir berulang," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad