web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Formula Pemberian Khas Pada Sarawak, Sabah Masih Diperinci - Fadillah 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 1:44PM

Fadillah Yusof - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Formula pemberian khas mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada Sarawak dan Sabah masih di peringkat perincian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata dengan adanya satu formula khusus nanti, pembayaran secara tahunan itu dapat dilakukan dengan lebih jelas.

Katanya pandangan semua pihak akan diambil kira dalam menentukan formula itu termasuk pandangan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Premier (Abang Johari) ada kemukakan formula berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan, jika kedudukan kewangan baik maka bayaran perlu lebih. Senang sama-sama, susah juga sama-sama, itu prinsip yang Sarawak pegang.

“Formula belum dapat dimuktamadkan tetapi buat masa ini prinsip dan mekanisme sudah ada dan kita akan cuba muktamadkan,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan untuk Komuniti Tiong Hua di sini, hari ini. 

Semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di sini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan kepada RM300 juta.

Perdana Menteri berkata jumlah itu adalah pembayaran peringkat awal sebelum satu formula khusus diumumkan oleh kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Anwar berkata prinsip pemberian itu diputuskan oleh pemimpin terdahulu yang melihat kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia yang dilihat lebih mundur ketika itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad