web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kg Sungai Baru, Terima Kasih PM - Khalid Samad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 1:58PM

Khalid berkata, pemilik semua kediaman berkenaan tidak menentang pembangunan tetapi menuntut layanan secara adil dan saksama. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu pembangunan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur amat dihargai, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad.

Penghargaan itu dizahirkan Khalid yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan, susulan arahan penangguhan projek pembangunan semula di kawasan itu oleh Anwar, semalam.

“Walaupun kerajaan mungkin berhak dan berkuasa, hak dan kuasa ini perlu digunakan secara adil dan bertanggungjawab. Rakyat perlu dibela dan tidak dibuli.

“Saya berharap penyelesaian yang adil dapat diusahakan secara ikhlas oleh kerajaan melalui rundingan dengan pemilik tanah dan pemaju,” katanya.

Beliau yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Titiwangsa berkata, pemilik semua kediaman berkenaan tidak menentang pembangunan tetapi menuntut layanan secara adil dan saksama.

“Mereka mahu dilayan sebagai pemilik sah dan bukan sebagai setinggan,” katanya.

Khalid menarik perhatian, beliau pernah membawa isu terbabit ke Parlimen apabila Akta Pengambilan Tanah (1960) diguna untuk merampas tanah dari pemilik tanpa usaha rundingan yang adil.

Katanya, Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam kamar khas Parlimen menjanjikan bahawa isu berkenaan akan diselesaikan melalui ‘pakej Harmoni’ iaitu pendekatan menang-menang, namun ia adalah amat mengecewakan.

“Malangnya pihak pemilik terus dibuli dan Akta Pengambilan Tanah 1960 telah digunakan untuk merampas tanah mereka di tengah bandar raya Kuala Lumpur dengan dijanjikan pampasan yang terlalu rendah.

“Semoga kerajaan perpaduan yang dipimpin PH dapat mengasaskan satu budaya politik baharu iaitu kerajaan membela rakyat secara adil dan prihatin dan tidak lagi membuli rakyat demi keuntungan golongan kaya,” katanya. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembangunan Mersing Perlu Kerjasama Kerajaan Johor, Persekutuan - MB

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Terlalu Awal Untuk Hakimi Kerajaan Perpaduan Gagal - Fadillah

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kerajaan Masih Ada Ruang Kawal Perbelanjaan Negara - Menteri Ekonomi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam