web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiba Di Istana Bogor, Anwar Disambut Presiden Jokowi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2023 11:24AM

Anwar disambut dengan hamparan permaidani merah dan perbarisan kehormat di Istana Kepresidenan Bogor, Indonesia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia, bertemu Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi di Istana Bogor pagi ini.

Anwar diberikan sambutan permaidani merah dan kawalan kehormat.

Beliau disambut Jokowi sebaik tiba di kompleks pejabat eksekutif dan kediaman rasmi presiden.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti dengan tembakan meriam.

Kemudian, Anwar sambil diiringi Jokowi, memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan presiden.

Beliau turut diperkenalkan oleh Jokowi kepada barisan Kabinet dan pegawai utama Indonesia.

Antara delegasi yang mengiringi Jokowi adalah Menteri BUMN Erick Thohir, Menteri PUPR Basuki Hadimuljono, Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah, Menteri Investasi Bahlil Lahadalia, Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, Kepala Otorita IKN Nusantara Bambang Susantono, Menteri Luar Negeri Retno Marsudi, dan Menseneg Pratikno.

Anwar turut memperkenalkan delegasi Malaysia yang hadir pada upacara tersebut.

Perdana Menteri diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Adlan Mohd Shaffieq.

Secara kebetulan, Anwar dan Jokowi mempunyai citarasa sama dalam berpakaian apabila kedua-duanya menggayakan sut biru laut dengan tali leher merah dan berbaju putih.

Cuma yang membezakan mereka ialah songkok yang dipakai Anwar.

Selepas menandatangani buku pelawat, Jokowi kemudian mengetuai rakan sejawatannya dari Malaysia untuk menanam pokok Merawan, spesies tumbuhan yang terdapat di hutan hujan tropika di Indonesia.

Mereka dapat dilihat berbual mesra antara satu sama lain sambil meneruskan perjalanan di kawasan istana.

Presiden Indonesia itu juga memberi penghormatan kepada Anwar dengan memandu sendiri kenderaan buggy di sekitar perkarangan Kebun Raya Bogor yang merupakan taman botani awam bersebelahan dengan Istana.

Pada usia 205 tahun, taman botani seluas 87 hektar itu adalah yang tertua di dunia dan telah diiktiraf oleh UNESCO.

Ia mempunyai kira-kira 15,000 spesies pokok dan tumbuhan di sekitarnya dan juga tempat untuk bersantai yang popular dalam kalangan penduduk tempatan.

Selepas hampir 10 minit meninjau perkarangan taman botani tersebut, kedua-duanya kembali ke beranda Istana Bogor untuk sesi tatap muka atau ‘Veranda Talk’.

Ia adalah tradisi yang diperkenalkan Presiden Jokowi untuk tetamu negara yang penting dan rapat dengan negara.

Acara rasmi diteruskan dengan kedua-dua pemimpin menyaksikan penyerahan Surat Minat (LOI) bagi penyertaan syarikat Malaysia dalam projek Ibu Kota Nusantara (IKN) oleh Tengku Zafrul kepada Pengerusi Pihak Berkuasa IKN, Bambang Susantono.

Antara syarikat utama yang bakal menandatangani MOU dan juga memorandum kerjasama (MOC) adalah FGV Holdings Bhd (MOC), Exim Bank Malaysia (MOU) dan Airod (MOU).

Syarikat yang bakal memeterai LOI termasuklah gergasi industri seperti Berjaya Group, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Boustead Properties Berhad dan Carsome.

Satu sidang akhbar bersama dijangka diadakan selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan mengukuhkan kepentingan strategik bagi dua negara yang mempunyai hubungan terpenting di Asia Tenggara itu. - Getaran, 9 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

3

Politik 2 hari yang lalu

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

4

Politik 2 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

Sorotan

1

PRN JOHOR: SPR Siasat Imej Kertas Undi Bertanda Dikongsi Dalam Talian

2

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

3

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

4

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

5

PRN Johor: BN Isytihar Kemenangan, Catat Majoriti Mudah Dalam Keputusan Tak Rasmi 

6

PRN Johor: Onn Hafiz Kekal Kuasai Machap (TAK RASMI)

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

oleh Amirah Abu Bakar