web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Genap Sebulan Terajui Kementerian Ekonomi, Rafizi Sedia ‘Berlari’ Lebih Pantas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 12:07PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengakui genap sebulan menerajui kementerian itu memberi beliau gambaran mencukupi untuk ‘berlari’ dengan lebih pantas mulai Januari ini.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, ada idea dan pendekatan baru yang dirasakan akan memberi nilai pulang lebih baik bagi setiap satu ringgit wang rakyat yang dibelanjakan kerajaan.

Malah katanya, ada masalah pelaksanaan yang merencatkan prestasi ekonomi dan menyebabkan kenaikan kos boleh ditangani selain projek berimpak tinggi yang akan memberi isyarat anjakan ekonomi diperlukan untuk menarik minat pelabur.

“Ada yang kesannya dapat dirasai segera, ada yang hasilnya hanya dapat dituai dalam setahun, dua tahun dan tahun-tahun yang akan datang.

“Insya-Allah, kalau 10 kami usahakan, kalau pun tidak semua membuahkan seratus peratus hasil seperti yang dirancang, sebahagian besarnya akan mempunyai impak jangka masa sederhana dan panjang kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu ciapan di Twitter sempena genap sebulan menerajui Kementerian Ekonomi.

Jelas beliau, terdapat perkara yang boleh diusahakan supaya hasilnya dirasai cepat, namun kebanyakan perencanaan ekonomi akan mengambil masa lebih setahun manakala sebahagian besarnya memakan lebih masa.

“Sebab itu masa sebulan saya habiskan berjumpa dan berbincang dengan pemegang taruh utama ekonomi negara. 

“Mereka termasuk pembuat dasar, pelaksana, pihak swasta dan pemegang taruh lain. Secara umumnya, kesemua pihak memahami hala tuju ekonomi yang hendak dibawa,” katanya.

Rafizi berkata, kerajaan perpaduan bertanggungjawab mengalih haluan ekonomi ke arah ekonomi bernilai tinggi supaya rakyat mendapat gaji yang boleh mengimbangi tekanan inflasi.

“Usaha mengekang inflasi kebanyakannya boleh dilaksanakan di peringkat pembekal seperti mempercepatkan pelaburan berteknologi tinggi dalam sektor makanan, mengawal harga (membayar subsidi), meningkatkan persaingan pembekal (menangani monopoli) dan menambah bekalan (termasuk mengimport).

“Tetapi usaha di sebelah pembekal ini perlu juga diiringi dengan inisiatif di sebelah penawaran, termasuklah mengusahakan kenaikan gaji yang munasabah supaya rakyat tidak merasa terlalu terbeban dengan kadar inflasi semasa dan menggalakkan tabiat pengguna yang lebih sensitif kepada harga agar permintaan lebih anjal,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Pandan itu menyedari usaha kerajaan akan terus dipertikai parti pembangkang, namun beliau sedia menyahut cabaran membuktikan keupayaan dirinya.

“Pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) akan terus mempertikaikan setiap usaha kerajaan. Ada dalam kalangan mereka yang memperli konon saya hanya nampak gah semasa pembangkang tetapi tidak berkesan sebagai kerajaan.

“Insya-Allah itu satu cabaran yang saya akan sahut. Cuma bila komen begitu datang dari mereka yang menjadi kerajaan setelah menebuk atap selama 33 bulan, bunyinya nampak seperti meludah ke langit,” katanya.

Beliau berkata, soal keperluan menganjak ekonomi negara ke arah ekonomi digital berteraskan inovasi, ekonomi yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar, aplikasi teknologi yang meningkatkan produktiviti dan kecekapan adalah matlamat ekonomi yang tidak boleh dipertikaikan.

“Ujian sebenar saya ialah bagaimana berjaya melaksanakan anjakan ini yang kesannya dapat dirasai oleh rakyat.

“Selepas lima tahun, Insya-Allah saya serahkan kepada penilaian rakyat mengenai prestasi saya sebagai menteri dan PKR/Pakatan Harapan (PH) sebagai sebahagian dari kerajaan perpaduan,” katanya. – Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 9 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad