web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesej Tular Jenayah ‘Push-Pocket’ Palsu, Tiada Laporan Diterima

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 11:09AM

Bukit Aman menafikan sebaran mesej tular di media sosial kononnya berlaku jenayah 'push-pocket di kawan tumpuan orang ramai. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman menafikan sebaran mesej tular di media sosial kononnya berlaku jenayah 'push-pocket' atau peras ugut di kawasan tumpuan orang ramai di negara ini.

Modus operandi ‘push-pocket’ ini adalah memasukkan barang seperti telefon bimbit dan dompet ke dalam poket milik mangsa yang menjadi sasaran penjenayah.

Sebaliknya, semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati mesej sama pernah tular dan disebarkan pada tahun 2016.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pemeriksaan polis mendapati tiada laporan polis pernah dibuat berhubung kes terbabit sama ada di lapangan terbang mahupun Stesen Transit Aliran Ringan (LRT).

“Sebaran mesej yang memberi amaran kepada rakyat Malaysia supaya berhati-hati sejak tahun 2016 itu sebenarnya kembali diulang siar di beberapa media sosial.

“Tiada sebarang laporan diterima mengenai modus operandi penipuan sedemikian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan sebaran mesej yang tidak berasas dan tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan berkongsi atau menyebar berita sedemikian boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan kepada masyarakat,” katanya.

Menerusi sebaran mesej berkenaan, penjenayah dikatakan memasukkan telefon bimbit atau dompet ke dalam poket mangsa tanpa disedarinya sebelum dia didekati dan dituduh sebagai pencuri.

Mangsa seterusnya akan didesak untuk membayar sejumlah wang untuk menyelesaikan kes itu dan sekiranya tidak bersetuju, mangsa akan diugut untuk dibawa ke balai polis. - Getaran, 4 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad